Haqiem Stopa yang menerima gelaran ‘Ikon Permotoran Anak Muda’ dikecam rakyat Malaysia sejak semalam susulan tindakannya yang dijemput memberi ceramah motivasi di sebuah sekolah. Disifatkan dirinya bukanlah orang yang layak untuk diangkat sebagai idola, pemuda berusia 22 tahun itu sempat memberikan penjelasan lanjut.
BACA : Makin Ramai Buat Video Tiada Etika, Haze Dedah Sisi Gelap Dunia Content Creator
Allah bagi keistimewaan pada saya…Takde banyak duit, tapi ada pengikut yang ramai & boleh sampaikan positivity untuk belia
Fokus utama disampaikan olehnya dalam sesi ceramah itu adalah berkenaan ‘peluang kedua’ untuk bangkit khusus buat pelajar yang mengalami kegagalan dalam SPM. Meskipun tidak berjaya di peringkat sekolah, mereka sebenarnya ada harapan dan peluang untuk membina kehidupan lebih baik di masa hadapan.
Saya tak galakkan awak berhenti sekolah atau ikut jalan saya…Jalan yang saya lalui sukar
Berkenaan dakwaan dia menebarkan benda negatif seperti budaya merempit atau saranan berhenti sekolah awal, Haqiem menafikan tuduhan tersebut. Jelasnya, liku kehidupan yang pernah dilaluinya sudah cukup pahit dan sudah tentu dia enggan anak muda di luar sana mengikut ‘jalan’ tersebut.
@thepowerofdurian
Mulanya dia sembang tu macam kencang sangat, tetapi lepas beberapa kali barulah sedar kesungguhan dia
Di sebalik kecaman, salah seorang kenalan Haqiem bernama Deegun Rahman bagaimanapun sempat berkongsikan satu sisi lain yang tak ramai ketahui. Difahamkan, Haqiem Stopa terpaksa berhenti sekolah atas kekangan duit seterusnya merantau ke Kuala Lumpur pada usia 14 tahun untuk mengubah nasib diri. Rupanya sebelum berjaya dan dikenali seperti sekarang, realiti hidup yang dihadapinya bukanlah mudah.
Kredit : TikTok thepowerofdurian, IG Haqiem Stopa & FB Deegun Rahman
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
