Rakan Sekolah Kongsi Sisi Sebenar Akmal Akif, Tertuduh Tunggal Yang Dibebaskan

Rabu lalu, Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah diselubungi dengan suasana sayu apabila 18 orang penuntut UPNM yang terlibat dalam pertuduhan menyebabkan Zulfarhan Osman Zulkarnain maut telah diperintah untuk membela diri. Selain keluarga Allahyarham, turut menjadi tumpuan masyarakat adalah satu-satunya remaja yang dibebaskan daripada terlibat dalam insiden tersebut iaitu Muhammad Akmal Akif Alias, 23.

BACA: Disoal Apa Tindakan Lepas Terima Surat Layang, Ini Rupanya Respon Warden..

Alhamdulillah.. Mal ni nak suruh junior ambil air pun tak pernah

Antara yang turut meluahkan rasa gembira atas pembebasan Akmal Akif daripada pertuduhan tersebut adalah rakan-rakannya termasuklah seorang pemuda yang dikenali sebagai Acad ini. Sejurus selepas berita tersebut disiarkan, Acad mengucapkan tanda syukur di laman Twitter miliknya dan perkongsian tersebut telah meraih hampir 11 ribu retweets setakat ini.

Kredit Foto: Sinar Harian

Ketika dihubungi, pemuda berusia 23 tahun ini turut menyatakan bahawa dia sangat terkejut dan hairan apabila nama rakannya dikaitkan di awal pertuduhan insiden tersebut. Hal ini kerana Akmal Akif merupakan seorang pelajar yang mempunyai rekod disiplin bersih ketika mereka sama-sama menuntut di sebuah MRSM beberapa tahun lalu.

Masa namanya ada dalam senarai tertuduh tahun lepas, saya dan kawan-kawan lain rasa pelik. Sebab dia bukannya jenis yang suka kacau orang. Saya buka lampu masa dia mahu tidur pun dia tak marah. Takkan lah dia masuk UPNM setahun dua sikapnya terus berubah 360 darjah kan?

Selain itu, dia turut menyelar kata-kata ‘sumbang’ sesetengah netizen yang mempertikai pembebasan Akmal Akif pada 31 Julai yang lalu. Ujarnya, orang seperti mereka ini tidak mengikuti perkembangan siasatan Allahyarham Zulfarhan dari awal lagi. Sedangkan rakannya itulah merupakan ‘hero yang tidak didendang’ ketika dia cuba meminta pertolongan daripada jurulaih bertugas menerusi beberapa utusan surat layang.

Netizen sepatutnya lebih berhati-hati sebelum memberikan komen atau mengulas isu besar seperti insiden ini. Saya masih ingat lagi tahun lepas akaun Istagram milik Akmal Akif telah dibanjiri dengan banyak komen berbentuk cemuhan termasuklah kepada ahli keluarganya. Jangan malas membaca & siasat dulu baru komen.

Saya doakan dia dapat habiskan pengajian dengan lancar selepas ini. Kalau bukan sebab digantung, mesti dia dah ditauliahkan sebagai Pegawai Muda tahun ni. Saya juga mahu puji kekuatan yang dimiliki olehnya serta keluarga kerana mampu mengharungi dugaan besar seperti ini. Buktikan kau mampu berjaya Mal!

Walaupun mereka tidaklah terlalu rapat, namun Acad sentiasa memberikan sokongan yang padu kepada penuntut UPNM ini. Dia mendoakan agar Akmal Akif dapat menamatkan tempoh pengajian dengan keputusan yang cemerlang selain memuji ketabahan yang dimiliki olehnya serta keluarga sepanjang tempoh perbicaraan setakat ini. Dalam pada itu, dia juga sangat berharap agar pelaku sebenar insiden Allahyarham Zulfarhan bakal menerima hukuman setimpal atas kejadian yang amat tragis ini.

Sumber: Twitter tun_acad

Apa Komen Anda?