Pernahkah tumit kaki anda merasa sengal-sengal atau berbisa saat mahu tidur di malam hari? Berat badan pun tidaklah melampau. Tiada pula berjalan jauh sehingga kepenatan. Jadi, dari manakah punca sebenarnya? Jangan tidak tahu, kemungkinan rutin berkaki ayam saat bergerak dalam rumah mendorong kepada masalah ini.
BACA : Luar Nampak Segar Dalam Membusuk, 10 Tips Elak Terbeli Ikan Ada Bahan Formalin
Zaman sekarang, hampir semua orang rumah ada tiles…Bila jalan lama-lama, bisa
Dr Malar ada menjelaskan lebih lanjut mengenai isu berkenaan. Katanya, tapak kaki manusia sememangnya dicipta untuk berjalan atas tanah serta batu-baru kecil dan bukannya permukaan keras seperti simen atau mozek. Justeru beliau menyarankan agar kita mengamalkan pemakaian selipar sebagai support kepada kaki. Lebih-lebih lagi saat melakukan kerja rumah dalam tempoh yang lama.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)

Bed slippers biasa tapaknya nipis…Cushion tak cukup support kaki kita
Untuk pemilihan selipar, lebih sesuai anda beli jenis yang tebal dan bukannya selipar tidur. Bed slippers memang gebu dan selesa apabila disarungkan, namun tapaknya yang nipis mungkin tidak dapat membantu kurangkan masalah bisa-bisa tumit kaki secara optimum.
@drmalarss JANGAN JALAN BERKAKI AYAM DI RUMAH !! Try tips ni 😊❤️ #celotehdrmalar #healthinfluencer #fypシ #fyp

Kaki saya tak boleh pijak mozek terlalu lama
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen akui mereka pun memang jenis ‘kalah’ apabila memijak simen atau mozek. Bukan sahaja sengal-sengal, malahan sehingga tumit kaki jadi merekah.
Ada yang berkongsikan keberkesanan memakai selipar sepanjang berjalan dalam rumah. Memang benar kesihatan tapak kaki mereka lebih membaik berbanding hanya berkaki ayam.
Mendengar nasihat Dr Malar, ramai mengucapkan terima kasih selain tertanya adakah penggunaan selipar jenis biji-biji juga sesuai untuk penjagaan kaki mereka.
Kredit : TikTok Celoteh Dr Malar
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura