Ramai Cakap Ada ‘Perempuan’ Kat Seat Belakang Tu, Bila Tengok Balik.. Meremang!

Kelibat entiti misteri seringkali muncul di dalam rakaman video amatur secara tak sengaja. Kadangkala kelibat mereka tidak kelihatan secara depan-depan namun apabila rakaman video dilihat semula, barulah nampak kemunculan mereka yang menyeramkan itu. Seorang lelaki dikenali dengan nama Azfar di Twitter baru-baru ini ada berkongsi sebuah video pendek yang mencetuskan rasa seram sesiapa sahaja yang menontonnya.

BACA: “Akak Nampak Nenek Hidup Balik!” – Gadis Kongsi Kisah Seram Mata Hijab Dibuka

Mula2 tak perasan.. ramai cakap belakang tu ada benda

Video berdurasi 14 saat itu dirakam di dalam kereta pada waktu malam. Ketika itu Azfar baru sahaja mengambil adiknya dan begitu gembira kerana dapat berjumpa semula dengan adik yang dirinduinya itu. Namun siapa sangka ada makhluk lain yang turut sama menyertai mereka dalam video berkenaan sehingga menjadi perhatian ramai. 

Nampak perempuan pakai tudung putih

Belakang adik kau tu.. dekat luar cermin belakang

Bukan sahaja netizen yang perasan, malah kelibat misteri itu turut disahkan oleh Khey Amir iaitu seorang lelaki yang popular di Twitter kerana perkongsian banyak cerita seram berdasarkan  kisah benar yang pernah dialaminya. Dia juga mempunyai kelebihan untuk melihat perkara-perkara mistik kerana hijab yang sudah terbuka. Dalam video itu, dia telah nampak kelibat ‘sesuatu’ yang bertelekung di cermin kereta. 

Baik pergi lepak dulu, jangan balik terus

Melalui ruangan komen, ramai netizen memberikan pesanan mereka jika berhadapan dengan situasi seperti ini. Antaranya adalah untuk tidak terus pulang ke rumah bagi mengelakkan ‘benda’ tersebut menumpang. 

Sumber: Twitter Thehulkey

Apa Komen Anda?