Hiburan Inspirasi

Ramai Datang Minta Bantuan, Man Raja Lawak Mahu Gadai Kereta & Motor Pula

Ramai Datang Minta Bantuan, Man Raja Lawak Mahu Gadai Kereta & Motor Pula

Sharing is caring!

Baru-baru ini pelakon dan pelawak Abdul Rahman Bin Kasim atau lebih mesra disapa Man Raja Lawak telah memberitahu ingin menghulurkan bantuan kepada golongan susah. Dia juga telah memaklumkan akan memperuntukkan wang sebanyak RM50 ribu hasil daripada wang kemenangan Maharaja Lawak Mega 2019 yang diraihnya bersama kumpulan Puteh.

BACA : Terkesan Musibah Wabak, Man Raja Lawak Kongsi Hadiah MLM Buat Golongan Susah


Ramai Datang Minta Bantuan, Man Raja Lawak Mahu Gadai Kereta & Motor Pula

Nak jual motorsikal dan kereta

Melalui Instgram pelawak itu, dia telah memaklumkan kepada orang ramai untuk menjual motosikal dan keretanya supaya dapat dijadikan wang tambahan sumbangannya. Hal ini kerana dia telah menerima ribuan permohonan dan peruntukannya sebelum ini tidak mencukupi. Tambahnya lagi, dia menjadi sebak apabila ramai yang menyatkan perasaan malu untuk meminta bantuan tetapi terpaksa melakukannya ekoran sumber pendapatan terjejas sepanjanng musim COVID-19. Walau bagaimanapun, Man berjanji akan meneliti setiap satu permohonan tersebut.

View this post on Instagram

Mohon bantu saya..untuk bantu org lain.

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on

Ramai Datang Minta Bantuan, Man Raja Lawak Mahu Gadai Kereta & Motor Pula Ramai Datang Minta Bantuan, Man Raja Lawak Mahu Gadai Kereta & Motor Pula

Tak kisah guna kereta biasa

Menurut pemenang Raja Lawak Musim ke-5 itu, dia tidak kisah untuk menggunakan kereta lain yang jauh lebih murah dari kereta asalnya asalkan masih boleh membawa dia dan keluarga berjalan. Dia juga berkata jika selebriti Zarina Anjoulie atau lebih dikenali sebagai Anju boleh menggunakan kereta biasa, mengapa tidak untuk dia mengikuti jejak wanita itu. Selain itu, situasi masa kini merupakan waktu yang sesuai untuk dia melakukan kebajikan supaya dapat pahala dari-Nya.


View this post on Instagram

Rest jup

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on

Ramai Datang Minta Bantuan, Man Raja Lawak Mahu Gadai Kereta & Motor Pula

Sumber : Instagram Man Raja Lawak


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Ramai Datang Minta Bantuan, Man Raja Lawak Mahu Gadai Kereta & Motor Pula

Sharing is caring!