Ramai Merungut Running Man Makin Hambar, Haha Dedah Realiti Di Sebalik Tabir!

Rancangan televisyen Korea Selatan berjudul Running Man terus menjadi fenomena sejak ditayangkan pada 2010 tahun lalu.  Namun sekitar 2016, salah seorang ahlinya iaitu Kang Gary telah berhenti daripada terlibat sekaligus menggoyahkan rating mereka. Sehingga kini, ramai penonton yang merungut kerana permainan yang dilakukan oleh mereka semakin bosan. Tapi siapa sangka, rupanya ada sebab lain yang tersimpan di sebaliknya rancangan menghiburkan ini.

Baca : Rancangan Running Man Semakin Hambar, Dai Wan Pun Akui Rindu Episod Kang Gary!

Menerusi sebuah video temu bual bersama salah seorang ahli Running Man iaitu Ha Dong-hoon atau nama popularnya Haha, dia telah mendedahkan rupanya ahli Running Man menghadapi masalah kesihatan sepanjang terlibat dengan rancangan ini.

Siapa yang asyik merungut Running Man bosan? Kenapa takde game cabut name tag? Kenapa asyik game duduk dan berbual? Tengok ni! Semua ahli Running Man merana semata-mata nak buat kita ketawa. Hargailah kerja keras mereka. Kalau dah bosan, tak payah tengok. Berhenti merungut.

Haha berkata lagi, setiap seorang dari ahli Running Man menghadapi masalah tulang belakang. Pada awalnya, hanya Kim Jong-kook yang mengalaminya masalah tersebut. Kemudian, ia diikuti pula oleh Yoo Jae-suk.

Meskipun begitu, mereka terpaksa meneruskan penggambaran sehingga tamat. Bukan itu sahaja, Lee Kwang-soo juga pernah menghadapi masalah sama sehingga terpaksa dikendong ke pusat kesihatan.

Dalam erti kata lain, mereka semua menghadapi masalah kesihatan sehingga terpaksa melalui beberapa operation. Meskipun begitu, semuanya tidak dapat berehat dengan cukup dan rapi kerana perlu melunaskan kerja-kerja penggambaran Running Man.

Penggambaran memang seronok, tapi inilah yang kami hadapi. – Haha

Masalah tulang belakang mampu mengakibatkan Iumpuh

Sumber : Twitter Shinisland dan Portal Wanista.Com

Apa Komen Anda?