Viral

Ramai Penonton TV3 Terjebak Layan ‘Familiar Wife’, Tayang Realiti Rumah Tangga

Ramai Penonton TV3 Terjebak Layan ‘Familiar Wife’, Tayang Realiti Rumah Tangga

Sharing is caring!

Meskipun sudah diterbitkan sejak tahun 2018, namun penayangan semula drama Korea berjudul ‘Familiar Wife’ di stesen TV3 nyatanya mendapat sambutan hangat. Ditayangkan pada setiap malam Isnin sehingga Khamis, cerita yang membawakan tema realiti alam perkahwinan itu nampaknya begitu dekat dengan jiwa penonton. Bahkan sekali imbas, banyak adegan di dalam drama itu diakui turut berlaku dalam kehidupan seharian suami dan isteri di luar sana.

BACA : Sebijik Lagu OST K-Drama, Lagu Di Matamu Versi Korea Dipuji Netizen Malaysia

Kahwin hampir 5 tahun, akhirnya hubungan makin kucar-kacir

Menampilkan lakonan mantap daripada Ji Sung (Joo-hyuk) serta Han Ji-min (Seo Woo-jin), mereka berdua melakonkan karakter sebagai sepasang suami isteri. Akan tetapi selepas berkahwin hampir 5 tahun, entah mengapa kehidupan mereka menjadi begitu kucar-kacir daripada pelbagai aspek termasuklah ekonomi keluarga. Meskipun dikurniakan 2 orang anak yang cukup comel, keserasian mereka berdua semakin terhakis saban hari.


Ramai Penonton TV3 Terjebak Layan ‘Familiar Wife’, Tayang Realiti Rumah Tangga

Ramai Penonton TV3 Terjebak Layan ‘Familiar Wife’, Tayang Realiti Rumah Tangga

Ramai Penonton TV3 Terjebak Layan ‘Familiar Wife’, Tayang Realiti Rumah Tangga

Terjumpa warga emas di stesen kereta api…Mengubah takdir hidup

Bekerja sebagai pegawai bank, Joo-hyuk merasa tertekan apabila isterinya semakin berubah menjadi seorang wanita panas baran. Namun hakikatnya, dia tidak sedar perubahan personaliti terbabit berlaku akibat dirinya yang sering mengabaikan tanggungjawab membantu dalam membuat kerja rumah bersama-sama. Bahkan sampai ke suatu tahap, dia teringat dan cinta mula berputik terhadap rakan lamanya iaitu Hye-won. Namun, tragedi di stesen kereta api saat dia membantu seorang warga emas nyata mengubah takdir hidup lelaki ini.

Ramai Penonton TV3 Terjebak Layan ‘Familiar Wife’, Tayang Realiti Rumah Tangga

Ramai Penonton TV3 Terjebak Layan ‘Familiar Wife’, Tayang Realiti Rumah Tangga

Ramai Penonton TV3 Terjebak Layan ‘Familiar Wife’, Tayang Realiti Rumah Tangga

Ingatkan bahagia dengan cinta baru…Rupanya semua hanya indah khabar daripada rupa

Diberikan dua keping duit syiling, Joo-hyuk mendapat kehidupan yang dimahukan bersama wanita kesukaannya. Akan tetapi, dunia baru tersebut akhirnya memberikannya banyak kesedaran dan apa yang diimpikan hanyalah indah khabar daripada rupa. Meniti ke minggu akhir tayangan, penonton semakin tertanya-tanya mengenai penamat hubungan cinta mereka berdua. Ramai juga mengakui sudah ‘terjebak’ dan sangat berpuas hati dapat menyaksikan drama berkenaan.


Ramai Penonton TV3 Terjebak Layan ‘Familiar Wife’, Tayang Realiti Rumah Tangga

Ramai Penonton TV3 Terjebak Layan ‘Familiar Wife’, Tayang Realiti Rumah Tangga

Ramai Penonton TV3 Terjebak Layan ‘Familiar Wife’, Tayang Realiti Rumah Tangga

Ramai Penonton TV3 Terjebak Layan ‘Familiar Wife’, Tayang Realiti Rumah Tangga

True Love or …?

Korang rasa nanti diorang ni akan bersama atau ikut haluan sendiri? ..Minggu akhir #FamiliarWife , Isnin – Khamis jam 10 Malam di TV3 #DramaKorea #MingguAkhir

Posted by TV3 Malaysia on Sunday, September 13, 2020

Sumber : Facebook Eila Kadir, TV3 Official 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!