Ramai Sayu Pelakon Animasi Pulang Ke Rahmatullah- “Rindu Nak Dengar Cerita Aki”

Suatu ketika dahulu, bidang seni seringkali dianggap ‘suam-suam kuku’ di Malaysia berikutan ia tidak popular jika dibandingkan dengan drama atau filem. Namun kini, industri animasi tempatan nyata berada di persada tersendiri apabila terdapat beberapa karya telah pun mengukir nama di pentas antarabangsa. Salah satunya adalah ‘Upin dan Ipin’ yang disiarkan sejak tahun 2007 lalu dengan tujuan mendidik golongan kanak-kanak.

BACA: Guru Ambil Tempahan Tulisan Khat Untuk Tanggung Perubatan Hembus Nafas Terakhir

Pelakon suara Pak Mail & Aki telah hembuskan nafas terakhir

Advertisement

Namun dukacitanya, salah seorang penyumbang suara dalam produksi terbabit dimaklumkan telah kembali ke rahmatullah sekitar awal pagi tadi. Insan tersebut adalah Dato Alias Lazan yang membawa watak ‘Pak Mail’ (filem Geng Pengembaraan Bermula) dan juga ‘Aki’ (siri Pada Zaman Dahulu). Berita itu disahkan sendiri oleh anak Allahyarham serta halaman rasmi Facebook syarikat animasi berkenaan.

Advertisement

Sering berikan nasihat yang sangat bermakna

Meskipun hanya bergelar watak sampingan dalam filem sulung Les’ Copaque, namun bakat penggiat animasi ini nyata terserlah menerusi naskah berbentuk kisah dongeng iaitu ‘Pada Zaman Dahulu’. Aki sering menghiburkan cucu-cucunya dengan cerita Sang Kancil dan rakan-rakan rimba selain menitipkan nasihat berguna buat para penonton.

Pak Mail
Aki

Terima kasih menghiasi jiwa kanak-kanak…rindu dengar cerita Aki

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen posting tersebut, rata-rata peminat dua naskah berkenaan menitipkan doa dan ucapan takziah kepada pihak keluarga Allahyarham Dato Alias Lazan. Di samping itu, mereka turut memberikan ucapan penghargaan atas usahanya yang telah menceriakan hidup kanak-kanak.

Advertisement

Sumber: FB Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. & Lynda Alias

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?