Cinta Family

Ramai Selingkuh Di Alam Maya, Punca Utama Keretakan Rumah Tangga

Ramai Selingkuh Di Alam Maya, Punca Utama Keretakan Rumah Tangga

Sharing is caring!

Setiap lelaki dan wanita yang sudah mendirikan perkahwinan pasti mengimpikan sebuah rumah tangga bahagia dan kekal sehingga akhirnya. Namun, cabaran yang harus ditempuhi dalam alam perkahwinan adalah tidak mudah tanpa adanya kerjasama kedua-dua suami isteri. Lebih-lebih dengan wujudnya teknologi yang kian canggih sekali gus membuka ruang untuk berlakunya pertelingkahan serta perpisahan di antara mereka. 

BACA: Awas Wanita Penyondol, Ada Undang-Undang Khas Jika Runtuhkan Perkahwinan

Bermula daripada perkenalan membawa kepada perselingkuhan

Cabaran serta ujian paling besar buat suami isteri adalah penggunaan smartphone serta aplikasi media sosial yang disalahgunakan. Pada awalnya mungkin hanya bermula daripada sebuah perkenalan biasa. Namun tanpa sedar, perasaan serta nafsu mula berputik dan seterusnya membinasakan sebuah mahligai perkahwinan yang sudah dibina. Segala kata setia yang dijanjikan bersama partner seperti sudah tiada makna dan akhirnya terabai semua peranan serta tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga. 


Ramai Selingkuh Di Alam Maya, Punca Utama Keretakan Rumah Tangga

Ramai Selingkuh Di Alam Maya, Punca Utama Keretakan Rumah Tangga
Gambar Sekadar Hiasan

Dua-dua perlu main peranan 

Oleh sebab itu, masalah tersebut tidak boleh dipandang remeh sama sekali. Kedua-dua suami isteri perlu memainkan peranan masing-masing untuk melakukan sesuatu bagi menyelamatkan keadaan sebelum berakhirnya perkahwinan tersebut. Namun untuk mengelakkan perkara ini berulang lagi serta memastikan keharmonian dan kesejahteraan rumah tangga, terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan. 

Ramai Selingkuh Di Alam Maya, Punca Utama Keretakan Rumah Tangga

Ramai Selingkuh Di Alam Maya, Punca Utama Keretakan Rumah Tangga
Gambar Sekadar Hiasan

Jangan pentingkan diri sendiri, fikir orang lain sekali

Menurut artikel Pesona Pengantin, antara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan suami atau isteri mula berpaling tadah adalah dengan tidak mementingkan diri sendiri semata-mata. Cuba belajar bersifat lebih terbuka dengan menerima apa-apa nasihat atau pandangan yang diberikan oleh partner masing-masing. Sebaiknya juga menjauhkan diri daripada terjebak dengan perkenalan di media sosial yang boleh menimbulkan kegusaran serta rasa curiga. 


Ramai Selingkuh Di Alam Maya, Punca Utama Keretakan Rumah Tangga
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: Facebook Firdaus Shakirin & Portal Pesona Pengantin

 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!