Mungkin ramai yang familiar dengan ungkapan popular, “don’t judge a book by its cover”. Kadang-kadang apa yang dilihat kita dari luaran bukanlah gambaran sebenar sesuatu yang terjadi. Sama jugalah seperti perkongsian individu ini mengenai sebuah rumah yang disangka usang, namun sebaliknya.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Pak cik tunjuk keadaan rumah…ramai simpati lihat rumah dah usang
Menerusi sorotan salahuddinmazelan di laman TikTok, dia ketika itu dilihat sedang menjenguk sebuah rumah yang dihuni oleh seorang pak cik. Pada awalnya, ramai mula simpati mengenangkan nasib warga emas tersebut selepas melihat keadaan kediaman yang seakan-akan sudah hampir reput. Malah, lelaki berkenaan dipercayai hanya tinggal seorang diri serta pekerjaannya juga masih tidak diketahui.
Bila dah buka pintu, ramai terkejut bahagian dalam nampak mewah
Sejurus selepas pintu dibuka, alangkah terkejutnya selepas mendapati suasana di dalam mahligai itu pula kelihatan mewah persis hotel 5 bintang. Bukan sahaja cantik, malah keadaan perabot juga disusun dengan kemas sambil bertemakan warna gold. Malah, bilik airnya turut mencuri tumpuan selepas dilihat siap ada tab mandi selain menggunakan sinki berteknologi sensor.
@salahuddinmazelan Kepala paip air sinki😬 #fyp #pondokusang
Mula-mula nak kesian, bila masuk dalam terus kesian kat diri saya…kalau macam ini perompak pun confuse
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa teruja melihat keadaan rumahnya yang dikira sangat unik. Malah, perkongsian itu juga sempat memberikan inspirasi kepada orang ramai agar tidak menilai sesuatu hanya dengan sekali pandangan.
kredit: TikTok salahuddinmazelan
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
