Sebaik sahaja gambar bersama Dato’ Rossa dimuat naik menerusi akaun Instagram peribadi ahmadiqbalzulkefli, ramai netizen mula membuat pelbagai spekulasi sendiri. Setelah penyanyi dari Indonesia itu ditemu bual, beliau ternyata langsung tidak mengenali Iqbal dan akui lelaki tersebut ada memperkenalkan diri semasa di majlis preview filem berlangsung di negara seberang beberapa hari lalu.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Dia cakap “Saya dari Malaysia”, tapi nak cepat jadi saya lupa…Saya dah lama tidak ke Malaysia
Rossa dalam pada itu sempat memohon maaf kerana tempoh pertemuan yang amat singkat itu menyebabkan dia tidak dapat mengingati sosok tubuh usahawan dari Malaysia berkenaan. Beliau ternyata amat terkejut selepas diberitahu bahawa namanya tiba-tiba tular di Malaysia kerana sudah lama tidak menjejakkan kaki di sini.
Ramai tag saya…Okay saya dah respon
Rentetan dari video di Youtube mStar Online Malaysia, DSV pula dilihat sempat menggabungkan beberapa video ketawa lamanya menerusi perkongsian di akaun TikTok. Menurut beliau, rakaman itu dibuat selepas menerima banyak permintaan daripada netizen untuk memberi respon terhadap perkara tersebut.
@datoserividaofficial RAMAI TAG SAYA..OK SAYA DAH RESPON #fyp #fypシ #rossa #virallll #foryoupage #foryoupagee #fyppppppp
♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUT – QU PUTEH BARULAH PUT
Ketawanya memang win…Dalam banyak-banyak drama, ni paling saya suka
Sejak dikongsikan 15 jam lalu, video DSV ini telah meraih 53 ribu jumlah tontonan. Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata netizen amat terhibur dengan cara usahawan wanita itu berseloroh memberi respon mengenai isu melibatkan bekas teman lelakinya itu.
Kredit: Instagram ahmadiqbalzulkefli, TikTok datosrividaofficial, Youtube mStar Online Malaysia
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
