Hiburan Viral

Ramai ‘Troll’ Babak Petik Gitar Sedarkan Fir, Pengarah Tampil Beri Penjelasan

Ramai ‘Troll’ Babak Petik Gitar Sedarkan Fir, Pengarah Tampil Beri Penjelasan

Sharing is caring!

Setelah hampir sebulan lebih bersiaran, karya arahan Shahrulezad Mohamed iaitu ‘Adellea Sofea’ telah pun melabuhkan episod akhirnya semalam.  Drama yang dibintangi pelakon cantik, Mira Filzah dan juga Ungku Ismail ini sering menjadi bualan hangat warganet di media sosial. Membawakan kisah kekeluargaan dan juga percintaan, setiap babak yang dihasilkan berjaya memberi kesan kepada penonton. 

BACA: Drama Happy Ending, Rupanya Ini Ulasan Mira Filzah Lepas Tamat Adellea Sofea

Tindakan Sofea main gitar seperti tak relevan

Antara paling menjadi perhatian adalah di mana babak Sofea memetik gitar untuk lelaki berkenaan sehingga dia berjaya sedar setelah sekian lama. Ramai netizen memberikan pelbagai reaksi mengenai babak tersebut. Ada yang menjadikan scene tersebut sebagai bahan ketawa apabila mempersoalkan adakah relevan tindakan Sofea mampu menyembuhkan Fir. Susulan itu, pengarah kepada drama berkenaan tampil menjelaskan tentangnya di laman Instagram.


Ramai ‘Troll’ Babak Petik Gitar Sedarkan Fir, Pengarah Tampil Beri Penjelasan

“Tak salah kan buat apa saja asalkan dia sedar”

Menurut Shahrulezad atau lebih mesra dipanggil Budak Ijat, dia sendiri tertanya-tanya mengapa ramai mempertikaikan adegan tersebut. Ini kerana dalam episod berkenaan, Sofea sudah melakukan pelbagai cara bagi membantu Fir untuk sedar termasuklah membaca Al-Quran dan juga berborak. Tindakan bermain gitar sambil menyanyi itu adalah salah satu alternatif lain yang diambil. 

Ramai ‘Troll’ Babak Petik Gitar Sedarkan Fir, Pengarah Tampil Beri Penjelasan

 

Berakhir apabila Ikram berjaya ditangkap pihak polis

Menyingkap semula episod akhir semalam, Sofea dan juga Iylia berusaha keras untuk mencari pelaku kepada kejadian  yang menimpa Firdaus. Setelah segala bukti dan siasatan dikumpulkan, mereka berdua berjaya mengheret Ikram ke muka pengadilan setelah lelaki tersebut mengeluarkan pengakuan tanpa sengaja. Keluarga mereka kembali hidup bahagia bersama partner masing-masing. 


Ramai ‘Troll’ Babak Petik Gitar Sedarkan Fir, Pengarah Tampil Beri Penjelasan Ramai ‘Troll’ Babak Petik Gitar Sedarkan Fir, Pengarah Tampil Beri Penjelasan Ramai ‘Troll’ Babak Petik Gitar Sedarkan Fir, Pengarah Tampil Beri Penjelasan

Sumber: Instagram Shahrulezad 


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Ramai ‘Troll’ Babak Petik Gitar Sedarkan Fir, Pengarah Tampil Beri Penjelasan

Sharing is caring!