Ramai Tuduh Shuib Dayus Minta Izin Beli Motor, Siti Sarah Kesal Isu Dibesarkan!

Sekitar seminggu yang lalu, Shuib ada memuat naik sebuah gambar motosikal idaman ke Instagram miliknya. Dalam posting tersebut, dia menyatakan ada meminta izin dari Siti Sarah agar hasratnya untuk memiliki motosikal tersebut boleh dicapai. Malangnya selepas perkara tersebut diketahui netizen, ada pula yang menyifatkan Shuib sebagai dayus kerana meminta izin isteri untuk membeli barangan yang diinginkan.

Baca : [VIDEO] Usik Member Melatah Masa Bawa Motor, Aksi 2 Lelaki Ini Undang Kecaman!

Nak moto ni Ibu…Dah 2 kali mintak ni…

Kesal dengan segala kata-kata buruk yang dilemparkan oleh netizen kepada suaminya, Siti Sarah juga sempat meluahkan rasa kesalnya. Berikut adalah beberapa komen daripada netizen yang menyifatkan Shuib sebagai suami dayus.

Pengecut & dayus…Tu pun nak kena pujuk isteri ke?

Jangan b*doh kalau dah jadi suami…Isteri pula jangan bodohkan suami

Dayusnya nak beli barang pun tunggu bini luluskan…Tegas sikit bro

Menurut Siti Sarah, dia merasa pelik dengan sikap netizen yang menyifatkan perbuatan ‘minta izin’ sebagai dayus. Padahal perbuatan menipu isteri adalah lebih dayus daripada itu.

Ampunkan dosa mereka jika kata-kata mereka menyakiti suamiku…

Netizen juga tidak ketinggalan meluahkan rasa tak puas hati dengan sesetengah mentaliti lelaki tentang isu minta izin isteri ini.

Menipu isteri tu sebenarnya lagi dayus

Biasalah netizen Malaysia…Tak sah kalau tak tunjuk keb*dohan tu

Yang komen tu macam takut bini bunyinya…

Sumber : Instagram Shuib Sepahtu dan Siti Sarah

Apa Komen Anda?