Viral cinta * perhubungan

Rancak Trend TikTok Bertukar-Tukar Pakwe Abang Uniform, Wanita Suarakan Teguran

Rancak Trend TikTok Bertukar-Tukar Pakwe Abang Uniform, Wanita Suarakan Teguran

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, ramai pengguna TikTok khususnya perempuan begitu rancak membuat trend baru. Ia merupakan video penceritaan pendek bagaimana mereka ini pernah dikecewakan oleh bekas teman lelaki berstatus anggota beruniform, kemudian merasa sangat bahagia menemukan pengganti baru daripada jabatan awam yang lain pula.

BACA : Trend Bangga Tayang SPM Berderet G Anggap Ada Rezeki Lain Jangan Normalize

Kau expect apa dik? Kita gaji tak banyak…Nak semua cash cari Abang Megah Holdings

“Dibuang oleh Abang Askar tanpa perasaan, diambil oleh Abang Polis & dijaga bagai permata”. Demikianlah antara kapsyen yang akan ditambah pada content mereka. Melihat situasi tersebut, seorang wanita bernama Puan Zara tampil memberikan pandangan. Baginya jika sesuatu hubungan tersebut tidak bertahan, content sebegitu tidak sewajarnya dibuat apalagi jika ada unsur merendahkan tahap kewangan petugas berkaitan. Expectation sebegitu mungkin tercetus kerana ramai beranggapan golongan ini mempunyai gaji lumayan.

Rancak Trend TikTok Bertukar-Tukar Pakwe Abang Uniform, Wanita Suarakan Teguran
Gambar sekadar hiasan

Yang Abang loreng ni, engkau pula update ” walaupun gaji sikit, lebih tinggi daripada harga diri kau”

Sama halnya dengan pihak petugas beruniform yang suka melayan, Zara turut memberikan peringatan yang sama. Percaya atau tidak, rupanya ada anggota yang ‘sama naik’ bertindak menyindir atau memburukkan bekas teman wanita mereka setelah clash. Usah memukul rata 1 keburukan secara keseluruhan, hakikatnya ia berbalik kepada diri seseorang.

@cattleya_zayne

entah lah dik 😅

♬ original sound – Zara_zayne – Zara_zayne

Saya ni bercinta, bertunang & dah nak kahwin dengan Abang Askar, takde post sebab segan

Terhibur dengan penjelasan Puan Zara, netizen bagaimanapun bersetuju dengan intipati bebelan panjangnya menerusi video tersebut. Sejak dimuat naik semalam, rakaman 3 minit ini sudah meraih ratusan ribu jumlah tontonan.

Rancak Trend TikTok Bertukar-Tukar Pakwe Abang Uniform, Wanita Suarakan Teguran

Rancak Trend TikTok Bertukar-Tukar Pakwe Abang Uniform, Wanita Suarakan Teguran

Rancak Trend TikTok Bertukar-Tukar Pakwe Abang Uniform, Wanita Suarakan Teguran

Kredit : TikTok catleeya zayna

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Rancak Trend TikTok Bertukar-Tukar Pakwe Abang Uniform, Wanita Suarakan Teguran

Facebook

Telegram

Facemask For Kids