Artis Family Kehidupan Viral

Rasa Keliru Apabila Ibu Ayah Berpisah, Janna Nick Dedah Realiti Pahit Hidupnya

Rasa Keliru Apabila Ibu Ayah Berpisah, Janna Nick Dedah Realiti Pahit Hidupnya

“Kita berpisah cara baik”. Ramai pasangan suami isteri memilih talak sebagai jalan penyelesaian terakhir apabila rumah tangga gagal diselamatkan. Walaupun semuanya berakhir tanpa kelahi, namun tidak dinafikan anak-anak tetap merasai kesannya persis yang digambarkan oleh Janna Nick. Di sebalik sikapnya yang periang, siapa sangka dirinya menyimpan 1001 kedukaan di dalam hati.

BACA : Sepakat Tak Guna Peguam, Tangisan Isteri Sukar Berpisah Dengan Suami Bangladesh

Mak ayah berpisah sejak saya darjah 3, mereka tanya “Angah nak duduk dengan siapa?”

Turut membesar dalam keadaan broken family, dia memilih untuk tinggal dengan nenek selepas ibu ayahnya berpisah. Ketika itulah bermula liku kehidupan sebenar di mana artis ini mula berdikari dalam banyak hal dan proses membesar banyak dihabiskan bersama rakan-rakan. Faktor itulah yang mencipta personalitinya kini, namun dia juga kerap merasa sedih khususnya apabila tiba Hari Raya.

Rasa Keliru Apabila Ibu Ayah Berpisah, Janna Nick Dedah Realiti Pahit Hidupnya

Saya jadi keliru…Saya tak tahu apa erti raya buat saya…Raya tak pernah ada makna untuk saya

Mengejutkan, pelakon terkenal ini hanya akan bersendirian di Kuala Lumpur apabila menjelangnya hari perayaan. Sejak kecil dia tidak meraikan Hari Raya dengan ibu bapa persis pengalaman budak-budak lain yang mempunyai keluarga bahagia, Janna nampaknya gagal menahan sebak ketika menceritakan kisah tersebut.

Bila berpisah, tak perlu yakin sangat kata “everything is okey 100%”…Sampai masanya anak akan berkata

Di sebalik penularan itu, seorang pengguna FB bernama Nornasishah Zamry turut berkongsikan perasaan yang sama selaku anak-anak broken home. Perpisahan ibu ayah yang kononnya nampak tenang sebenarnya mencetuskan dampak sangat buruk kepada pembentukan sikap dan emosi seorang anak. Baginya sendiri, ketika kecil mungkin cahaya mata anda tidak memahami apa-apa. Tetapi satu hari nanti, mereka sendiri akan rasai kesedihan yang mendalam di dalam hati.

Rasa Keliru Apabila Ibu Ayah Berpisah, Janna Nick Dedah Realiti Pahit Hidupnya

Rasa Keliru Apabila Ibu Ayah Berpisah, Janna Nick Dedah Realiti Pahit Hidupnya

Rasa Keliru Apabila Ibu Ayah Berpisah, Janna Nick Dedah Realiti Pahit Hidupnya

Rasa Keliru Apabila Ibu Ayah Berpisah, Janna Nick Dedah Realiti Pahit Hidupnya

Kredit : Facebook Media Hiburan & Public Health Mlaysia

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Rasa Keliru Apabila Ibu Ayah Berpisah, Janna Nick Dedah Realiti Pahit Hidupnya

Facebook

Telegram

Kasut