Rasa Semak Disuruh Nyanyi Masa Cuti Raya, Ara Johari Dikecam Berlagak Diva

Baru-baru ini, penyanyi Ara Johari telah menjadi perhatian netizen di media sosial gara-gara kenyataannya yang seolah-olah menggambarkan perasaan rimas dan bosan setiap kali disuruh menyanyi ketika menghadiri majlis hari raya bersama keluarga ataupun ketika berkumpul beramai-ramai bersama sanak-saudara. Perkara itu disampaikannya secara santai ketika sesi temubual bersama wartawan HLive baru-baru ini. 

BACA: [VIDEO] “Kenapalah Juri Pilih Kau”- Kemenangan Ara Johari Dipersoal Ramai

Ikut mood, kalau nak nyanyi, boleh je. Tapi sebab kita dah hari-hari buat benda tu, hari-hari menyanyi. Bila orang minta kita menyanyi lagi, bosanlah.

Paling semak bila orang minta buat video nyanyi lepas nyanyi 

Jawapan Ara Johari terhadap sikap peminat yang gemar menyuruhnya menyanyi telah dikecam ramai netizen kerana menyifatkannya seperti berlagak dan tidak menghargai peminat. 

Beza penyanyi suam kuku dengan yang legend macam TokTi

Dato’ Siti tak pernah cakap semak

Netizen telah membandingkan sikap Ara Johari sebagai penyanyi baru dengan penyanyi senior yang sudah lama dalam industri.

Berlagak. Tokti pergi majlis kahwin selamba je nyanyi

Nanti kau dah tak laku, jangan pulak buat video bodoh

Bagi netizen, perkara sebegini adalah lumrah biasa apabila seseorang itu bergelar artis. Mereka akan sering menjadi perhatian dan dikerumun ramai kerana sudah dikenali. 

Tak baik macam tu, masa kau naik ni lah kena layan peminat

Sumber: FB Astro Gempak, HLive

Apa Komen Anda?