Hiburan Viral

“Rasanya Seumur Hidup Ni Baru First Time” – Shuib Sebak Nyanyi Lagu ‘Kesetiaan’

“Rasanya Seumur Hidup Ni Baru First Time” – Shuib Sebak Nyanyi Lagu ‘Kesetiaan’

Sudah lebih 6 bulan sejak pemergian si isteri iaitu Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin, kini Shuib dilihat aktif dan juga sibuk menguruskan anak-anak serta perniagaannya. Mungkin saja pelawak tersebut nampak cukup kuat di khalayak umum namun jauh di dalam hati pasti saja merindukan insan kesayangannya itu.

BACA: Tersentuh Peserta Nyanyi Lagu Kesetiaan, TokTi Menangis Teringat Siti Sarah

Shuib buat live IG dalam kereta…Keluar lagu ‘Kesetiaan’ nyanyian Siti Sarah

Semalam, Shuib dilihat sempat melakukan sesi Live di Instagram sewaktu berada di dalam kereta. Tiba-tiba sahaja kedengaran muzik latar lagu cukup dikenalinya iaitu ‘Kesetiaan’ yang dinyanyikan oleh Allahyarhamah Siti Sarah.

“Rasanya Seumur Hidup Ni Baru First Time” – Shuib Sebak Nyanyi Lagu ‘Kesetiaan’

“Rasanya Seumur Hidup Ni Baru First Time” – Shuib Sebak Nyanyi Lagu ‘Kesetiaan’

Seumur hidup first time nyanyi lagu ni, tak pernah lagi

Sambil menggosok-gosok kepala, artis lelaki tersebut mengakui tidak pernah lagi menyanyikan lagu tersebut seumur hidupnya meskipun sewaktu Allahyarhamah isterinya masih ada. Namun menerusi sedutan rakaman tersebut, Shuib akhirnya cuba kuatkan diri membawakan karya berkenaan dengan penuh perasaan hingga kedengaran sedikit sebak.

@itsmemyjaaaa

abg ib potong bawang 😔🥲 . sebakk do hmm #fyp

♬ original sound – Coffeesusu ♡ – Coffeesusu ♡

“Rasanya Seumur Hidup Ni Baru First Time” – Shuib Sebak Nyanyi Lagu ‘Kesetiaan’

Nyanyi dengan penuh perasaan feel dia mungkin biasa bagi kita… Tapi untuk nyanyi lagu Sarah, aura dia lain

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama sedih melihat rakaman berkenaan. Dalam pada itu, ramai yang mengakui terus saja teringatkan penyanyi wanita tersebut jika terdengar lagu berkenaan dinyanyikan sesiapa. Meskipun bukanlah orang terdekat, namun masing-masing turut terasa seperti kehilangan.

“Rasanya Seumur Hidup Ni Baru First Time” – Shuib Sebak Nyanyi Lagu ‘Kesetiaan’

“Rasanya Seumur Hidup Ni Baru First Time” – Shuib Sebak Nyanyi Lagu ‘Kesetiaan’

“Rasanya Seumur Hidup Ni Baru First Time” – Shuib Sebak Nyanyi Lagu ‘Kesetiaan’

Kredit: TikTok coffeesusu

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Rasanya Seumur Hidup Ni Baru First Time” – Shuib Sebak Nyanyi Lagu ‘Kesetiaan’

Facebook

Telegram

Facemask For Kids