Antarabangsa Inspirasi

Rawat Penghidap COVID-19 Tanpa Sut PPE, Doktor Temui Ajal Kini Digelar Wira

Rawat Penghidap COVID-19 Tanpa Sut PPE, Doktor Temui Ajal Kini Digelar Wira

Sharing is caring!

Baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengumumkan peningkatan jumlah kumulatif positif COVID-19 seramai 100 ribu individu dalam masa empat hari. Disebabkan kadar penularan yang pantas itu, banyak pusat rawatan di seluruh dunia kekurangan bekalan pakaian perlindungan (PPE).

BACA : Isytihar Lockdown Draconian, China Seru Dunia Ikut Cara Mereka Tangani COVID-19

Rawat Penghidap COVID-19 Tanpa Sut PPE, Doktor Temui Ajal Kini Digelar Wira
Kredit foto : Tribune

Bertugas di barisan hadapan

Memetik laporan Tribune, seorang doktor di Pakistan telah menemui ajal akibat dijangkiti koronavirus. Doktor Usama Riaz yang bertugas di barisan hadapan bertanggungjawab menjalankan saringan ke atas individu yang baru pulang dari Iraq dan Iran walaupun tanpa memakai sut keselamatan PPE. Terdahulu, beliau mengalami komplikasi yang teruk selepas dua hari disahkan positif COVID-19 sebelum dipindahkan ke pusat rawatan utama di wilayah berkenaan.


Rawat Penghidap COVID-19 Tanpa Sut PPE, Doktor Temui Ajal Kini Digelar Wira
Kredit foto : Tribune

Diisytihar sebagai wira negara

Walaupun tindakan Doktor Usama memerangi virus itu tidak mengikut prosedur rawatan, namun beliau telah berjaya memberi ‘nyawa’ dan harapan kepada ramai orang. Kisah pengorbanan doktor tersebut turut menarik perhatian kerajaan Pakistan sehinggakan beliau akan dinobat sebagai wira negara. Menurutnya lagi, Usama Riaz dianggap sebagai pahlawan sebenar kerana telah mengorbankan dirinya bagi menyelamatkan orang lain.

Rawat Penghidap COVID-19 Tanpa Sut PPE, Doktor Temui Ajal Kini Digelar Wira
Gambar sekadar hiasan

Kekurangan sut PPE

Selain itu, rakan sekerja doktor muda tersebut turut mengatakan bahawa mereka kekurangan bekalan pakaian PPE. Hal ini akan mengakibatkan kakitangan perubatan yang menyaring penghidap COVID-19 berisiko tinggi untuk dijangkiti sekaligus meningkatkan jumlah kematian di wilayah berkenaan.

Rawat Penghidap COVID-19 Tanpa Sut PPE, Doktor Temui Ajal Kini Digelar Wira
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Twitter StanceGrounded & Tribune



Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Rawat Penghidap COVID-19 Tanpa Sut PPE, Doktor Temui Ajal Kini Digelar Wira

Sharing is caring!