Family Hiburan

Raya Sakan Sampai Lewat Malam, Lelaki Mencicit Lari Lihat Isteri Datang Jemput

Raya Sakan Sampai Lewat Malam, Lelaki Mencicit Lari Lihat Isteri Datang Jemput

Walaupun sudah beberapa hari berlalu, namun kemeriahan sambutan Aidilfitri ini masih lagi dapat dirasai. Malah, masyarakat juga dilihat tetap meneruskan aktiviti beraya ke rumah saudara mara mahupun rakan-rakan. Bagi mereka yang sudah berkahwin pula, seeloknya tidaklah ‘merayap’ sehingga lewat malam. Kalau tidak, mungkin akan menerima nasib yang sama seperti individu ini.


BACA: Viral Merata Minyak Habis, Abam Tanker Sayu Tukar Baju Raya Demi Hantar Bekalan

Sakan raya rumah rakan sampai lupa nak balik…sekali isteri dah standby luar

Menerusi perkongsian shafieosman di laman TikTok, kisah itu bermula ketika terdapat seorang suami yang sakan beraya di kediaman rakannya. Tidak dapat dinafikan jika setiap lelaki sudah bertemu dengan geng-geng mereka, pasti akan lewat balik ke rumah. Mungkin atas alasan inilah yang menyebabkan si isteri nekad datang untuk ‘menjemputnya’ pulang.

Raya Sakan Sampai Lewat Malam, Lelaki Mencicit Lari Lihat Isteri Datang Jemput

Suami tak cukup tanah nak lari

Sedar akan kehadiran orang rumahnya, lelaki berkenaan yang dilihat seakan-akan cemas cuba untuk menyantuni wanita itu dengan senyuman serta gurauan. Namun, apa yang menarik perhatian ramai apabila si suami secara tiba-tiba terus membuka langkah sebelum mencicit lari sambil diperhatikan oleh isterinya.


@shafieosman

Balas kepada @frankie6640 mcm nie ke😆😆#fyp #fypシ #foryoupage #foryou #tiktokmalaysia #fypmalaysia🇲🇾 #tiktokmelaka @_lyzxx_

♬ bunyi asal – Shafie Osman – Shafie Osman

Laju-laju pun nanti kat rumah mendapat juga dengan isteri…reda jelah bang kalau kena tidur luar malam ni

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat si suami yang tak cukup tanah untuk selamatkan diri. Malah, ramai juga yang sempat membuat pelbagai ramalan akan nasib yang menimpa lelaki tersebut apabila masing-masing sudah tiba di rumah.


Raya Sakan Sampai Lewat Malam, Lelaki Mencicit Lari Lihat Isteri Datang Jemput

Raya Sakan Sampai Lewat Malam, Lelaki Mencicit Lari Lihat Isteri Datang Jemput

Raya Sakan Sampai Lewat Malam, Lelaki Mencicit Lari Lihat Isteri Datang Jemput

Kredit: TikTok shafieosman

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Raya Sakan Sampai Lewat Malam, Lelaki Mencicit Lari Lihat Isteri Datang Jemput

Facebook

Telegram