Isu Semasa Kesihatan

Rayu Semua Beri Kerjasama, Staf Kesihatan Luah Rasa Sebak Tak Sempat Solat

Rayu Semua Beri Kerjasama, Staf Kesihatan Luah Rasa Sebak Tak Sempat Solat

Sharing is caring!

Memasuki hari ke-4 Perintah Kawalan Pergerakan, nampaknya pasukan perubatan masih terus gigih untuk memastikan kesihatan rakyat kembali pulih. Mereka yang terpaksa berkorban masa bersama keluarga tetap dilihat tersenyum dalam melunaskan tanggungjawab yang diamanahkan. Malah pertambahan jumlah positif COVID-19 pasti membuatkan mereka semakin terkesan.

BACA: Masih Ramai Yang Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan, ATM Dikerahkan Mulai Ahad

Rayu Semua Beri Kerjasama, Staf Kesihatan Luah Rasa Sebak Tak Sempat Solat
Gambar sekadar hiasan

Penat…air mata mengalir tak kira masa

Terbaru, seorang petugas kesihatan dikenali sebagai Nadiya Ali telah berkongsi keadaan yang terpaksa dia dan rakan-rakan alami sepanjang tempoh ini. Menerusi posting di Facebook, tidak tergambar bagaimana rasa penat yang perlu ditempuhi sehinggakan perkara wajib seperti solat dan makan terpaksa ditolak tepi demi menjaga orang lain. Katanya lagi, dalam tak sedar air matanya boleh mengalir disebabkan rasa letih melampau.


Rayu Semua Beri Kerjasama, Staf Kesihatan Luah Rasa Sebak Tak Sempat Solat

Rayu Semua Beri Kerjasama, Staf Kesihatan Luah Rasa Sebak Tak Sempat Solat

Sebak tak sempat solat tepat pada waktu

Mengakui bahawa dirinya sentiasa diselubungi dengan rasa takut tatkala melihat banyak jasad dijemput Illahi, wanita ini tidak mampu menyangkal hakikat apabila nikmat beribadat seakan ditarik. Meskipun solat boleh dijamakkan, tapi ia tetap tidak seindah berbanding ditunaikan tepat pada waktunya.

Rayu Semua Beri Kerjasama, Staf Kesihatan Luah Rasa Sebak Tak Sempat Solat

Rayu Semua Beri Kerjasama, Staf Kesihatan Luah Rasa Sebak Tak Sempat Solat
Gambar sekadar hiasan

Kat akhirat nanti saya akan mengadu kepada Allah

Dia yang pernah ditugaskan di bilik kecemasan sebelum ini sempat memberi peringatan khas buat mereka yang terus berdegil untuk ingkar perintah kawalan. Nadiya juga menyeru kepada masyarakat supaya akur dengan arahan yang dikeluarkan dan berharap supaya wabak ini berakhir segera sebelum tibanya bulan mulia Ramadan.


Rayu Semua Beri Kerjasama, Staf Kesihatan Luah Rasa Sebak Tak Sempat Solat

Rayu Semua Beri Kerjasama, Staf Kesihatan Luah Rasa Sebak Tak Sempat Solat
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Facebook Nadiya Ali


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Rayu Semua Beri Kerjasama, Staf Kesihatan Luah Rasa Sebak Tak Sempat Solat

Sharing is caring!