Reka Cerita Kononnya Ditarik Pada Waktu Malam, Tapi Bila Buat Report Rupanya…

Bergurau atau berjenaka tidak ada salahnya asalkan bertempat dan tidak mengguriskan hati sesiapa. Namun, tindakan seorang budak lelaki ini yang pada awalnya ingin bergurau menjadi detik hitam apabila cerita yang dikarang untuk rakan sekelasnya itu ditularkan di ruangan media sosial baru-baru ini. Bukan setakat itu, penularan cerita yang dibuat itu telah mendapat perhatian orang  ramai malah ianya sudah sampai ke pengetahuan pihak polis.

Baca: 2 Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Kereta, Ibu Tenangkan Dengan Kartun Animasi

Budak yang berusia 13 tahun ini memberitahu rakan yang dipercayai rakan sekelasnya bahawa dia telah dilarikan oleh seorang lelaki yang memakai topeng menaiki sebuah van putih bercermin gelap di Kelantan. Menurut dakwaannya, dia telah cuba ditarik oleh seorang lelaki misteri ketika sedang berbasikal pada waktu malam. 

Advertisement
Gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

Dalam pembohongan tersebut, dia telah berjaya melepaskan diri dan sempat bergegas ke balas polis untuk membuat aduan seolah-olah benar dia dilarikan sekaligus menimbulkan kerisauan oleh ibu bapa dan rakan-rakan.

“Hanya bergurau. Tak sangka ditularkan”
Selepas disoal siasat rupanya itu adalah cubaan untuk menipu dan ia telah disahkan sendiri oleh pihak polis di Daerah Kota Bharu. Katanya, budak yang masih bergelar pelajar itu telah pun mengaku dia hanya bergurau dengan rakan sekolah dan tidak menyangka ianya akan jadi tular.

Gambar sekadar hiasan

Ketua polis di Daerah Kota Bharu itu juga menasihatkan ibu bapa supaya mengawasi anak-anak mereka untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku lagi. Jangan sewenang-wenangnya menularkan sesuatu kejadian tanpa usul periksa. Kisah gurauan budak sekolah ini telah menjadi viral dan mendapat pelbagai reaksi daripada pembaca di laman Facebook. Semoga cerita sebegini menjadi iktibar buat semua orang agar tidak berkongsi sesuatu cerita sebelum disahkan pihak berkuasa.

Advertisement

Sumber: FB Harian Metro

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?