Rela Single Hingga Sekarang Demi Besarkan Anak Saudara, Lelaki Buka Kisah Sedih

Masih lagi berada dalam suasana hari konvokesyen, kini giliran Universiti Teknologi Perak (UTP) yang bertempat di Perak pula melangsungkan acara berprestij itu. Dalam ribuan graduan yang berjaya mendapatkan segulung ijazah pada hari berkenaan, terselit pula kisah seorang jejaka berbangsa India ini yang sempat tular di laman Facebook sejak beberapa hari lepas. 

BACA: Budaya Konvo Peringkat Tadika dan Sekolah Rendah Tambah Beban Ibu Bapa

Kehilangan kedua ibu bapa ketika berumur 10 tahun

Advertisement

Perkongsian tersebut telah dimuat naik oleh seorang graduan universiti berkenaan yang bernama Arun Letchumanan. Pemuda itu merupakan seorang pelajar dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan baru bergraduasi tempoh hari. Jelasnya, dia amat berterima kasih kepada seorang bapa saudaranya yang memainkan peranan penting sebagai penjaga kepada dirinya dan adik beradik lain. 

Saya dilahirkan dan dibesarkan di sebuah estet kecil yang dipanggil Ladang Sungai Wangi, Sitiawan. Sewaktu berumur 10 tahun, kedua ibu bapa saya menemui ajal dalam sebuah kecelakaan jalan raya. Kejadian tersebut adalah kejadian yang paling memberi kesan kepada saya serta adik beradik yang lain. 

Advertisement

Ambil keputusan untuk tidak berkahwin bagi menjaga mereka

Bapa saudara kepada graduan berkenaan bahkan mengambil keputusan untuk tidak berkahwin dan bekerja sebagai pemandu teksi bagi menyara mereka. Menariknya, salah seorang daripada tiga beradik itu sudah berjaya bergelar doktor manakala seorang lagi menuntut di Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia. Selain itu, dia turut berterima kasih kepada neneknya yang sering mengurus keperluan serta memasak untuk mereka bertiga. 

Advertisement

Tanpa sokongan daripada keluarga, saya mungkin tidak akan berjaya

Advertisement

Pemuda berkenaan sangat bersyukur dengan kehadiran ahli keluarganya yang masing-masing memainkan peranan penting dalam kejayaan yang telah diperoleh. Dengan adanya sokongan daripada mereka, ternyata ia menjadi perangsang untuk lebih berjaya dalam hidup.

Tanpa mereka, saya mungkin tidak mampu untuk berjalan di atas pentas mengambil ijazah yang diperoleh. Saya berterima kasih kepada kedua ibu saudara yang sentiasa menyokong kami dalam apa jua cara sekalipun.

Advertisement

Sumber: Facebook Arun Letchumanan

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?