Remaja Luang Masa 2 Jam, Tulis Nama Abam Beribu Kali Hingga Terhasil Potret

Pemergian pelawak Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan merupakan satu kehilangan  besar buat industri seni tanah air. Semestinya ia memberi kesan yang mendalam buat orang sekeliling terutamanya keluarga serta para peminat Allahyarham yang selama ini menyokong beliau sepanjang pembabitannya sebagai anak seni. Berbeza dengan individu lain, seorang remaja meluahkan kesedihannya dengan menghasilkan potret pelawak itu.

BACA : Hasrat Abam Tak Kesampaian, Kucing Misteri Datang Teman Hamzah Tidur

Semoga tenang di sana

Ternyata usaha membuat lakaran itu dengan pensel mekanikal sangat menyentuh hati ramai. Tambahan pula, dia menulis nama ‘Abam’ berulang kali sehingga terhasilnya sebuah potret lengkap. Video lukisan itu dimuat naik oleh Abdul Azim Mohd Rozahar di laman Instagramnya dan sudah meraih lebih 34 ribu tontonan.

Advertisement

View this post on Instagram

semoga tenang disana @abam_bocik 😢khas untuk korang semua #kitabaikramaisayang

Advertisement

A post shared by call me azim (@azim._24) on

Hasil lakaran potret Abam guna teknik perkataan

Memetik laporan mStar, Azim mengakui bahawa dia begitu meminati serta mengagumi pelawak berkenaan. Malah dia sendiri tidak menyangka dan amat terkejut saat mendapat tahu mengenai berita pemergian Abam.

Advertisement

Menulis kira-kira 1,000 perkataan nama Abam

Menurut pelajar Tingkatan 3 itu, dia mengambil masa kira-kira dua jam untuk menghasilkan potret idolanya. Dalam pada itu, dia merancang untuk memberikan potret tersebut kepada Achey atau Fad sebagai tanda kenangan terhadap rakan mereka sendiri.

Advertisement

Kredit Foto: mStar

Tinggalkan seorang balu bersama bayi berusia 5 bulan

Allahyarham Abam menghembuskan nafas terakhirnya pada Isnin di rumahnya di Gombak selepas mengalami demam panas dua hari sebelum itu. Pemergian pelawak dari kumpulan Bocey itu  menjadikan isterinya, Norhidayah seorang balu yang kini tinggal bersama bayi lelakinya bernama Syed Uthman Hamzah Al-Juffery berusia lima bulan.

Advertisement

Sumber : Instagram azim._24, mStar

Advertisement

Apa Komen Anda?