Rembat Kain Telekung Adik Buat Pelikat, Ozlynn Kata Asalkan Ada Hati Nak Solat

Ragam anak-anak ketika kecil sentiasa menggeIikan hati tetapi itulah yang akan menjadi kenangan indah apabila mereka menginjak dewasa. Seperti yang dikongsikan Ozlynn baru-baru ini di Instagram tentang ragam dua anak kecilnya ketika dikejutkan untuk menunaikan solat Subuh, begitu mencuit hati ramai netizen. Menurut Ozlynn, setiap anaknya mempunyai ragam yang berbeza zetiap pagi.

BACA: Anak Meragam Bukan Alasan, Ibu Bapa Ini Dedah Cara Solat Sambil Dukung Anak!

Dalam adik-beradik sekarang.. yang suka rengek bangun pagi.. Haziq

Terima seadanya walapun keluar dari rahim sama, karakter tetap berbeza

Walau bagaimanapun, Ozlyyn memberi pesanan supaya ibu-ibu tidak membezakan setiap anak mereka dan seeloknya mendoakan yang terbaik buat mereka. 

Namun, apa yang menjadi tumpuan netizen adalah telatah anak ketiga dan keempat Ozlyyn iaitu Chantiq dan Haziq yang sedang solat Subuh berjemaah.

Imam Chantiq untuk pagi ni, Abang Haziq

Macam biasa.. rembat kain telekung Chantiq tanpa rasa bersalah

Lantak ko lah nak.. asal ko ada hati nak solat

Netizen geIi hati melihat kain telekung yang dipakai Haziq manakala Chantiq hanya menggunakan stokin untuk menutup kakinya. Walau apa pun bagi Ozlyyn perkara itu bukanlah masalah besar padanya kerana asalkan anak-anaknya menunaikan solat. 

Nanti dah besar mesti lucu kalau ingat balik

GeIi hati tengok.. warna pink pulak tu

Menurut Ozlyyn lagi, perkara itu bukanlah pertama kali berlaku tetapi telah banyak kali dan nampaknya Chantiq seakan sudah ‘masak’ dengan perangai abangnya yang suka menggunakan kain telekungnya. 

Adik dia pun dah malas nak argue.. sebab tau takkan dapat

Rupanya ikut perangai  pak dia.. 

Ajak aku jemaah.. pastu kain telekung aku kat pinggang dia

Sumber: IG jozlynnhanania

Apa Komen Anda?