Hiburan

“Remy Is My Love” – Pickupline ‘Berani’ Mira Filzah Gamatkan Semifinal MLM 2018

“Remy Is My Love” – Pickupline ‘Berani’ Mira Filzah Gamatkan Semifinal MLM 2018

Maharaja Lawak Mega 2018 hampir sampai ke penghujungnya. Semalam, pusingan semi final telah berlangsung di Royal Theatre, Shah Alam dan peserta diberikan tugas untuk membuat persembahan bersama artis gandingan pilihan mereka. Kumpulan Zero yang terdiri dari Atu, Syaiful dan Sharif telah menampilkan aktres cantik Mira Filzah di dalam persembahan mereka. Mira Filzah membuat persembahan lawak? Mungkin kenyataan itu seperti tidak biasa untuk kita dengari namun itulah yang disajikan dalam pentas separuh akhir Maharaja Lawak Mega 2018 oleh kumpulan Zero semalam.

BACA : Babak “Kak Su Marah Nadine” Pujaan Hati Kanda Lawak Habis!-Netizen Terhibur

Ternyata keputusan kumpulan  Zero untuk bergandingan dengan Mira Filzah berjaya menggamatkan lagi persembahan mereka. Sepanjang persembahan dijalankan, Mira Filzah telah memainkan watak gadis yang ‘dingurat’ oleh 3 orang jejaka. Dia turut menerima ‘pickupline’ yang penuh dengan humor secara bertubi-tubi.

“Remy Is My Love” – Pickupline ‘Berani’ Mira Filzah Gamatkan Semifinal MLM 2018

 

“Remy Is My Love” – Pickupline ‘Berani’ Mira Filzah Gamatkan Semifinal MLM 2018

“Remy Is My Love” – Pickupline ‘Berani’ Mira Filzah Gamatkan Semifinal MLM 2018

“Remy Is My Love” – Pickupline ‘Berani’ Mira Filzah Gamatkan Semifinal MLM 2018

Mira Filzah terus menjadi tumpuan utama adalah apabila dia menyampaikan ‘pickupline’ kepada Remy Ishak untuk menutupi persembahan tersebut. Ternyata dialog “Remy Is My Love” telah menggegarkan Royal Theatre Shah Alam sekaligus menambah bonus ke dalam pemarkahan kumpulan Zero yang menerima pujian penuh dari para juri.

https://www.instagram.com/p/Bsf2XQRDLWD/

“Remy Is My Love” – Pickupline ‘Berani’ Mira Filzah Gamatkan Semifinal MLM 2018

Ekoran daripada ‘pickupline win’ yang disampaikan oleh Mira Filzah,  peminat telah membanjiri ruangan komen Instagram pelakon cantik itu untuk memberikan pujian kerana pandai membuat lawak.

I’m crying sebab kelakar sangat

“Remy Is My Love” – Pickupline ‘Berani’ Mira Filzah Gamatkan Semifinal MLM 2018

You malam tadi memang lawak

“Remy Is My Love” – Pickupline ‘Berani’ Mira Filzah Gamatkan Semifinal MLM 2018

Mira, malam ni sumpah best gila performance you

“Remy Is My Love” – Pickupline ‘Berani’ Mira Filzah Gamatkan Semifinal MLM 2018

Berdekah satu rumah bergelak sakan malam tadi

“Remy Is My Love” – Pickupline ‘Berani’ Mira Filzah Gamatkan Semifinal MLM 2018

Respon positif yang diberikan mungkin mempunyai kaitan dengan drama Pujaan Hati Kanda yang sedang hangat dilakonkan oleh Mira Filzah dan juga Remy Ishak sekarang memandangkan para peminat meminati ‘chemistry‘ yang ada pada kedua-dua pelakon handalan itu. Selain kumpulan Zero, kumpulan Shiro, Bocey, Putih dan Taman turut berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir yang bakal berlangsung pada Jumaat depan, 18 Januari 2019.

Sumber : Instagram spec.mf ,Mira Filzah Zon Lawak

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Remy Is My Love” – Pickupline ‘Berani’ Mira Filzah Gamatkan Semifinal MLM 2018

Facebook

Telegram