Inspirasi Viral

Rentas Desa Sejauh 4.2 KM, Ramai Terharu Lihat Murid OKU Gigih Tolak Wheelchair

Rentas Desa Sejauh 4.2 KM, Ramai Terharu Lihat Murid OKU Gigih Tolak Wheelchair

Umum mengetahui, tidak semua manusia dilahirkan dalam keadaan sempurna. Adakalanya ada yang diuji dengan kekurangan fizikal mahupun mental. Biarpun serba kekurangan, perkara itu dilihat bukan menjadi masalah kepada segelintir mereka untuk berusaha demi mencapai kejayaan seperti orang normal.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Merentas desa katanya…hadir untuk dia

Sama juga situasinya seperti seorang kanak-kanak ini yang merupakan seorang OKU, namun tidak pernah mengenal erti putus asa. Menerusi perkongsian hamdanburn di laman TikTok, pada awalnya kelihatan sekumpulan pelajar yang sedang berlari dalam sebuah acara merentas desa sekolah. Namun siapa sangka, terdapat juga seorang murid kurang upaya yang turut serta sambil menggunakan wheelchair.

Rentas Desa Sejauh 4.2 KM, Ramai Terharu Lihat Murid OKU Gigih Tolak Wheelchair

Gigih tolak sejauh 4.2 KM, bapa jadi peneman setia

Berdasarkan klip tersebut jelas kelihatan kegigihan insan istimewa berkenaan menolak kerusi roda melalui sebuah jalan. Lebih mengharukan, dia juga seakan-akan mula kepenatan namun masih tetap berusaha menamatkan acara sejauh 4.2 KM itu. Malah, si perakam yang difahamkan merupakan bapanya turut setia menemani hingga ke garisan penamat.

@hamdanburn

♬ Tuhan Jaga Dia Untukku – Fiena

Semangatnya dia…kalah tak apa yang penting dia enjoy moment merentas desa dengan kawan-kawan dia

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dengan semangat yang ditampilkan oleh si kecil itu. Walaupun serba serbi kekurangan, namun dia tetap tidak mahu mengalah demi menyertai acara sukan berkenaan.

Rentas Desa Sejauh 4.2 KM, Ramai Terharu Lihat Murid OKU Gigih Tolak Wheelchair

Rentas Desa Sejauh 4.2 KM, Ramai Terharu Lihat Murid OKU Gigih Tolak Wheelchair

Rentas Desa Sejauh 4.2 KM, Ramai Terharu Lihat Murid OKU Gigih Tolak Wheelchair

Rentas Desa Sejauh 4.2 KM, Ramai Terharu Lihat Murid OKU Gigih Tolak Wheelchair

Kredit: TikTok hamdanburn

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Rentas Desa Sejauh 4.2 KM, Ramai Terharu Lihat Murid OKU Gigih Tolak Wheelchair

Facebook

Telegram