Tips

Resah Anak Selalu Bertanya? Ikut Tips Ini Untuk Terangkan COVID-19 Dengan Mudah

Resah Anak Selalu Bertanya? Ikut Tips Ini Untuk Terangkan COVID-19 Dengan Mudah

Sharing is caring!

Kanak-kanak yang sedang membesar sememangnya kerap bertanya untuk tahu sesuatu perkara. Walaupun ada ketikanya ibu bapa tidak tahan dengan perkara tersebut, tetapi di sinilah peranan yang perlu dititik beratkan. Memandangkan dunia sedang berdepan musibah korona virus yang mudah berjangkit, maka ibu bapa haruslah memberi penerangan yang mudah difahami mereka.

BACA: Gadai Nyawa Lawan Koronavirus, Jururawat Idam Hadiah Teman Lelaki


Komunikasi dalam keadaan tenang

Langkah pertama, ibu bapa haruslah bertenang terlebih dahulu sebelum memberi penerangan kepada si kecil. Pesan kepada mereka kebersihan diri sama ada di dalam atau di luar rumah. Jangan terlalu paksa sehingga memarahi mereka, tapi sebaiknya ajarkan perkara mudah untuk mengelak daripada dijangkiti seperti memaklumkan sekiranya badan terasa kurang sihat. 

Resah Anak Selalu Bertanya? Ikut Tips Ini Untuk Terangkan COVID-19 Dengan Mudah
Gambar sekadar hiasan

Maklumat bersesuaian dengan umur

Anak-anak bagaikan span yang akan menyerap apa sahaja ilmu lebih-lebih lagi tindak-tanduk ibu bapa.  Jadi, cara terbaik untuk memberi maklumat tentang virus ini adalah yang bersesuaian dengan umur mereka. Meskipun belum ada penawarnya, tetapi ibu bapa perlu berbual santai tentang kuman dan cara untuk kekal sihat seperti membasuh tangan menggunakan sabun atau berhati-hati apabila berhubung dengan orang awam.


Resah Anak Selalu Bertanya? Ikut Tips Ini Untuk Terangkan COVID-19 Dengan Mudah
Gambar sekadar hiasan

Praktikan amalan kebersihan

Rutin normal kanak-kanak sememangnya adalah bermain. Usah halang mereka daripada menikmati usia muda itu, sebaliknya didik mereka cara berdikari supaya dapat menjaga diri walau di mana saja. Antaranya mengamalkan pemakaian hand sanitizer apabila keluar rumah serta waspada dengan rakan-rakan yang kurang sihat. 

Resah Anak Selalu Bertanya? Ikut Tips Ini Untuk Terangkan COVID-19 Dengan Mudah
Gambar sekadar hiasan

Sumber: theAsianparentMalaysia


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!