Respect! Bantu Polis Tumpaskan Penjenayah, ‘Abang Posmen’ Terima Anugerah

Realiti kerjaya sebagai seorang posmen sememangnya bukan mudah. Selain perlu meredah cuaca panas atau badai hujan badai demi menghantar bungkusan pelanggan tepat pada masanya, mereka juga terdedah dengan bermacam risiko ketika ‘bekerja’ di atas jalan raya. Namun itu semua tidak mematahkan semangat yang ada pada diri mereka seperti seorang posmen yang baru sahaja diberi penghargaan atas dedikasinya baru-baru ini. 

BACA: [FOTO] Ibarat Digantung Tidak Bertali, Suasana Hiba Pekerja Utusan Dirakam

Terima Anugerah Pekerja Cemerlang

Anugerah tersebut disampaikan sempena Hari Pos Sedunia Peringkat Negeri Perak dan dia merupakan antara penerima berserta individu lain. Dalam temuramah bersama wartawan, dia sempat menceritakan pengalamannya selama 6 tahun bekerja sebagai seorang posmen yang penuh dengan pelbagai liku. 

Sempat tendang OKT waktu bertugas

Menerusi portal Harian Metro, Mohd Syeikhqul Mazlan telah dianugerahkan Anugerah Pekerja Cemerlang Pos Malaysia Bhd. Penghargaan tersebut diberikan setelah dia membantu pihak berkuasa menumbangkan orang kena tahan (OKT) yang cuba melarikan diri sewaktu di mahkamah. Pemuda 27 tahun itu yang kebetulan lalu di tempat kejadian sempat menyepak lelaki berkenaan sebelum dia jatuh dan diberkas polis. 

Gambar Sekadar Hiasan

Waktu baru bekerja dahulu, ada pakcik OKU minta tolong bersihkan dirinya lepas buang air besar

Atas dasar prihatin dan berperikemanusiaan, lelaki berkenaan sempat menolong seorang pakcik yang kurang upaya membersihkan diri selepas membuang air besar. Tanpa berfikir panjang, dia hanya membantu lelaki itu yang juga berkerusi roda. 

Sumber: Harian Metro 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?