“Respect Teruk!” – Drive Kereta Tanpa Tangan, Wanita OKU Ini Bukti Diri Boleh

Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan golongan yang tidak harus dipandang rendah lagi kerana mereka ini sebenarnya sama seperti orang lain yang sempurna sifat. Benar, pada zahirnya mereka mempunyai kekurangan tetapi siapa boleh menyangkal semangat dan kekuatan yang menyelubungi jiwa mereka untuk meneruskan kehidupan. Baru-baru ini, sebuah video yang memaparkan wanita kelainan upaya telah tular di Twitter kerana kebolehannya yang sungguh memberi inspirasi.

Baca: Excited Nak Raya Di Rumah Anak, Malangnya Pak Cik OKU Ini Ditinggal Sendirian!

Menerusi video yang viral itu, wanita OKU yang dikenali sebagai Puan Farah sedang memandu kereta tetapi tidak menggunakan tangan seperti orang yang normal sebaliknya menggunakan kaki untuk mengawal kenderaan terbabit. Video itu dipercayai dirakam oleh seorang gadis yakni pemilik akaun twitter yang menggunakan nama akaun @nrfzilaa.

Dalam video itu lagi, Puan Farah yang hilang sepasang anggota tangan itu sedang berkongsi pengalamannya bersama si perakam menjadi insan yang ‘istimewa’ di atas muka bumi. Katanya, dia langsung tidak berasa kekurangannya itu sebagai satu beban malah dia juga mampu hidup seperti orang normal yang lain.

.
“Bukan semua orang boleh faham”

Namun, dalam perbualan itu juga dia turut memberitahu yang dia perlu berhati-hati dalam memilih kawan kerana bukan semua orang boleh faham akan keadaannya itu.  Sementara itu, pengirim yang baru lepas menghadiri seminar bersama wanita itu turut menulis di kapsyen yang dia berasa teruja dapat menaiki kereta bersama-sama. 

Di posting seterusnya, gadis yakni pemilik Twitter berkenaan turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Farah yang sudi menerima jemputan untuk Program Kepimpinan di Bagan Datuk. Video yang tular sejak isnin lalu itu telah mendapat perhatian ramai netizen di ruangan Twitter. Mereka rata-ratanya terinspirasi oleh kecekalan Puan Farah dalam menepis stigma OKU itu lemah serta mencari rezeki yang halal untuk sara hidupnya. 

Sumber: Twitter faz

Apa Komen Anda?