Restoran Indonesia Buang Menu ‘Kelawar Masak Lemak’

Ancaman koronavirus kini berada di tahap yang membimbangkan kerana sesiapa sahaja berpotensi terhadap jangkitan itu termasuklah golongan kanak-kanak dan bayi. Sebelum ini kecoh di laman sosial mengenai satu pasar di Indonesia menjual haiwan eksotik dilihat persis Wuhan Seafood Market, yang dikatakan menjadi punca wabak koronavirus ini. Malah Pasar Tomohan ini memang terkenal dengan jolokan ‘pasar menakutkan’.

BACA : Tular Video Gadis Rebah, Bapa Nafi Pemergian Anak Angkara Koronavirus

Buang menu masak lemak kelawar di restoran

Namun sejak seminggu lalu, beberapa restoran di daerah Sulawesi Utara mengambil tindakan dengan mengeluarkan menu kelawar daripada senarai hidangan harian mereka ekoran kebimbangan penularan wabak koronavirus. Difahamkan, hidangan kelawar masak lemak amat popular dalam kalangan masyarakat setempat.

Advertisement
Gambar Sekadar Hiasan
Gambar Sekadar Hiasan

Tetap masak daging kelawar jika terima tempahan

Memetik daripada laporan Sinar Harian, seorang pengusaha restoran yang hanya mahu dikenali sebagai Mereyke mengakui dia sudah menghentikan menu kelawar itu buat sementara waktu meskipun  sering mendapat permintaan daripada pelanggan. Sementara itu, seorang lagi pemilik restoran bernama Nicolina Pelealu mendedahkan bahawa dia turut melakukan hal yang sama mengelakkan perniagaanya terjejas.

Gambar Sekadar Hiasan

Haiwan ini boleh memberi kesan kepada kesihatan diri

Bagaimanapun, tabiat memakan makan haiwan eksotik dalam kalangan masyarakat Sulawesi Utara bukanlah amalan rutin seluruh rakyat di negara itu. Media  sebelum ini melaporkan bahawa haiwan eksotik termasuk kelawar dan ular mungkin menjadi punca penularan koronavirus yang melanda di Wuhan, China. Selain itu, antara virus yang dikaitkan dengan kelawar ialah Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), Sistem Pernafasan Asian Barat (MERS) dan Ebola.

Advertisement
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : Sinar Harian

Apa Komen Anda?