Hiburan Inspirasi

Result PT3 Anak Berderet ‘D’, Shiera Titip Nasihat -“Jangan Hina Anak Kita Tau”

Result PT3 Anak Berderet ‘D’, Shiera Titip Nasihat -“Jangan Hina Anak Kita Tau”

Sharing is caring!

Umum mengetahui bahawa hari ini adalah pengumuman keputusan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga atau singkatan popularnya, PT3. Di sebalik kegirangan calon-calon yang memperoleh keputusan cemerlang, pasti terdapat juga yang mendapat keputusan sekadar ‘cukup-cukup makan’ atau kurang memuaskan. Hakikatnya, setiap ibu bapa mestilah berbangga walau apa pun gred yang dipaparkan atas slip berkenaan kerana mereka sudah mencuba sehabis baik dalam ujian tahunan tersebut.

BACA: “Raikan Anak-Anak, Jangan Banding Result UPSR Dengan Abang & Kakak Yang Lain”

Satu je A…berderet D

Selebriti juga turut tidak ketinggalan meraikan keputusan PT3 anak masing-masing, misalnya Sharifah Shahirah. Menerusi perkongsian terbaru di laman Instagram miliknya, penyampai radio terkenal ini memuat naik slip peperiksaan anaknya iaitu Airel yang memperoleh keputusan 1A, 6D, dan 2F daripada 9 mata pelajaran yang diambil.

Result PT3 Anak Berderet ‘D’, Shiera Titip Nasihat -“Jangan Hina Anak Kita Tau”


Result PT3 Anak Berderet ‘D’, Shiera Titip Nasihat -“Jangan Hina Anak Kita Tau”

Jangan hina anak…Kita pun macam tu dulu

Meskipun keputusan itu tidaklah secemerlang murid-murid lain, namun selebriti berusia 45 tahun ini menyeru setiap ibu bapa agar jangan memperkecil kemampuan cahaya mata masing-masing. Ujarnya lagi, perkara mustahak yang perlu dibentuk dalam diri anak-anak adalah sahsiah, akhlak dan jati diri yang tinggi. Barulah dapat jadi manusia berguna apabila dewasa kelak.

Result PT3 Anak Berderet ‘D’, Shiera Titip Nasihat -“Jangan Hina Anak Kita Tau”

Result PT3 Anak Berderet ‘D’, Shiera Titip Nasihat -“Jangan Hina Anak Kita Tau”

Result PT3 Anak Berderet ‘D’, Shiera Titip Nasihat -“Jangan Hina Anak Kita Tau”

Result PT3 Anak Berderet ‘D’, Shiera Titip Nasihat -“Jangan Hina Anak Kita Tau”

Kadang yang D ni pandai bela mak ayah tau..

Dalam pada itu, Shiera turut mengucapkan tahniah kepada semua calon PT3 yang berjaya meraih keputusan lebih baik dalam peperiksaan tersebut. Menjengah ke ruangan komen pula, rakan artis dan para netizen dilihat setuju dengan tindakannya yang menghargai walau apa pun keputusan anaknya. Malah ada yang memuji Airel kerana tetap memperoleh gred A bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. 


Result PT3 Anak Berderet ‘D’, Shiera Titip Nasihat -“Jangan Hina Anak Kita Tau”

Result PT3 Anak Berderet ‘D’, Shiera Titip Nasihat -“Jangan Hina Anak Kita Tau”

Result PT3 Anak Berderet ‘D’, Shiera Titip Nasihat -“Jangan Hina Anak Kita Tau”

Result PT3 Anak Berderet ‘D’, Shiera Titip Nasihat -“Jangan Hina Anak Kita Tau”

Sumber: IG shieraijoy


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini