Viral

Risau Hubungan Terlarang Kantoi, Wanita Sanggup Tanam Bayi Sendiri Hidup-Hidup

Risau Hubungan Terlarang Kantoi, Wanita Sanggup Tanam Bayi Sendiri Hidup-Hidup

Masalah pembuangan dan juga menggugurkan bayi secara sengaja pada zaman ini semakin menjadi-jadi. Walaupun telah banyak kempen kesedaran diadakan mengenai perkara ini, namun tetap saja masalah berkenaan berlarutan tanpa penghujung sama seperti satu kisah tragis di Indonesia.


BACA: Ibu Salah Guna Produk Skincare, Boleh Sebabkan Bayi Lahir Ada Masalah Sumbing

Si anak pelik dengan kehadiran bayi dalam rumah

Menerusi artikel di Kompas.Com, seorang wanita di Kampung Kala Nareh, Aceh Tengah sanggup menanam bayinya yang masih menangis secara hidup-hidup. Kejadian tersebut dipercayai berlaku setelah seorang lagi anaknya berumur lingkungan 10 tahun bertanyakan siapakah gerangan bayi yang ada di dalam rumahnya.

Risau Hubungan Terlarang Kantoi, Wanita Sanggup Tanam Bayi Sendiri Hidup-Hidup
Gambar Sekadar Hiasan

Sanggup kuburkan bayi ketika masih menangis secara hidup-hidup

Walau bagaimanapun, si ibu panik apabila kanak-kanak itu ingin melaporkan kepada polis kerana berasa pelik dengan kehadiran bayi berkenaan. Dek kerana takut, perempuan berkenaan mengambil si kecil itu lalu membuka kain yang membaluti badannya dan terus menguburkannya ketika masih hidup. Tanpa ada rasa bersalah, suspek terus masuk tidur selepas selesai melakukan perbuatan tersebut.


Risau Hubungan Terlarang Kantoi, Wanita Sanggup Tanam Bayi Sendiri Hidup-Hidup

Risau Hubungan Terlarang Kantoi, Wanita Sanggup Tanam Bayi Sendiri Hidup-Hidup
Gambar Sekadar Hiasan

Bayi tidak dapat diselamatkan dalam perjalanan ke pusat perubatan

Walau bagaimanapun tak lama selepas itu, datang dua orang jiran bertanyakan perihal bayi berkenaan dan mula curiga tentangnya. Penduduk bertindak menyelongkar dalam rumah dan memeriksa persekitaran sebelum menjumpai sebuah lubang baru. Mereka menggali sebelum menjumpai seorang bayi lelaki cukup sifat namun disahkan tidak bernafas lagi selepas itu.


Risau Hubungan Terlarang Kantoi, Wanita Sanggup Tanam Bayi Sendiri Hidup-Hidup
Gambar Sekadar Hiasan

 

Sumber: Artikel Kompas.Com

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Risau Hubungan Terlarang Kantoi, Wanita Sanggup Tanam Bayi Sendiri Hidup-Hidup

Facebook

Telegram