Risau Pokok Layu Masa Beraya Lama Di Kampung? Wanita Ini Kongsi Idea Bernas!

Buat mereka yang suka bercucuk tanam di rumah, pasti berasa tak senang duduk untuk tinggalkan rumah dalam jangka masa lama seperti pulang ke kampung untuk menyambut hari raya. Risau tumbuhan yang dijaga kelayuan gara-gara tidak mendapat siraman yang cukup lebih-lebih lagi pada musim panas ini. Namun anda tak perlu risau kerana perkongsian daripada  Puan Lina Sahedin ini boleh mengawal situasi tersebut dengan menggunakan 2 bahan sahaja, iaitu plastik dan gelang getah!

BACA: “Pandainya Berlakon” – Video Raya Pertama Adik Syukor Raih Pujian, Sarat Emosi!

Cara kalau nak tinggalkan rumah lama…mudah & tak keluarkan banyak modal

1) Sediakan air dalam plastik tapi jangan ikat ketat

Isikan air ke dalam beberapa helai plastik dan ikatkannya. Tapi jangan ikat terlalu ketat kerana takut air akan keluar dengan kadar yang cepat. Bagi longgar sikit.

2. Buat lubang halus pada plastik air

Cucuk plastik yang sudah diisi air dengan hujung j4rum peniti supaya air dapat mengalir keluar dengan kadar perlahan.

3. Letak alat sokongan untuk kekalkan kedudukan plastik

Garfu plastik yang terdapat dalam gambar ini cuma sekadar dijadikan sebagai alat sokongan untuk plastik itu terletak elok dan tidak mudah berganjak jika ada yang cuba menolaknya.

Sumber: FB Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri 

Apa Komen Anda?