“Risau Saat Diberitahu Bayi Songsang” -Amyra Kongsi Pengalaman Bersalin Tingkap

Pastinya rasa takut, bimbang dan panik semakin dirasai oleh setiap ibu yang sedang hamil terutamanya apabila usia kandungan sudah memasuki sembilan bulan. Perkara ini bukan sahaja berlaku pada ibu yang hamil bayi pertama tetapi juga mereka yang beberapa kali melahirkan. Malah, pengalaman serta tanda menghampiri saat bersalin juga berbeza-beza dan mustahil untuk menentukannya. Pada 1 Februari lalu, pelakon terkenal Amyra Rosli mengumumkan bahawa dia telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Ayra Aryssa.

BACA : Habis Bius Terus Kena Rengat, Instafamous Dedah Berpantang Lepas Czer

Cantik dah mommy & daddy set tarikh, tapi…

Namun di sebalik kegembiraan itu, dia telah melalui fasa contraction yang agak perit dan mencabar. Malah pengalaman melahirkan cahaya mata kedua turut dikongsi Amyra menerusi entri di Instagramnya. Kongsi Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, meskipun sudah 10 hari berlalu namun pengalaman saat melahirkan bayi keduanya bersama Amar Bahrin itu masih segar dalam ingatan.

Advertisement

Dapat tahu bayi songsang, macam-macam petua diamalkan

Bercerita dengan lebih lanjut, Amyra akui dua minggu sebelum menunggu kelahiran Ayra Aryssa dia berusaha melakukan pelbagai senaman ringan dan mengamalkan petua agar bayinya kembali dalam posisi normal. Hal ini kerana, dia telah dimaklumkan oleh doktor bahawa bayinya berada dalam posisi songsang dan secara tidak langsung menambahkan lagi kebimbangan kepadanya.

Advertisement

View this post on Instagram

Advertisement

Assalamualaikum 😍 . . 01 February 2020

A post shared by Ayra Aryssa (@ayraaryssa) on

Advertisement

Baru nak cuci mata, tapi baby pula tak menyempat nak keluar

Kongsi Amyra lagi, pada penghujung Januari lalu dia bercadang untuk membeli barangan bayinya sebagai persiapan terakhir namun apa yang dirancangnya dan suami tidak menjadi. Hal ini berikutan, contraction pain mula menyerang menyebabkan dia dibawa terus ke pusat kesihatan berdekatan. Sebaik sahaja tiba, dia dimaklumkan bahawa bukaan rahimnya telah mencapai 8cm dan hanya menunggu masa untuk melahirkan bayi perempuannya.

Advertisement

Sebelum ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki

Terdahulu, Amyra dan Amar mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. Hasil perkahwinan tersebut, kedua-dua mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun.

Advertisement

Sumber : Instagram aamyrarosli

Advertisement

Apa Komen Anda?