Tips

Risau Terserempak Dengan Gajah? Pemandu Dinasihat Elak Bunyikan Hon Kereta

Risau Terserempak Dengan Gajah? Pemandu Dinasihat Elak Bunyikan Hon Kereta

Sharing is caring!

Semalam tular di media sosial tentang kejadian seekor gajah yang telah memijak sebuah kenderaan. Ketika pemandu kereta Perodua Axia itu memberhentikan kenderaannya di kawasan berhampiran RNR Puncak Banjaran Titiwangsa, tiba-tiba sebuah kenderaan di belakangnya membunyikan hon sekali gus menyebabkan gajah itu agresif. Walau bagaimanapun, mujurlah lima individu yang terlibat telah berjaya menyelamatkan diri masing-masing.


BACA: Keluarga Berdepan Detik Cemas, Kereta Dirompak Masa Berhenti Lampu IsyaratRisau Terserempak Dengan Gajah? Pemandu Dinasihat Elak Bunyikan Hon Kereta

Jangan bunyikan hon kalau terserempak dengan gajah

Menerusi muat naik di laman Twitter, Jabatan Perhilitan menyatakan setiap individu perlu sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan habitat atau laluan haiwan. Di samping itu, orang awam juga dilarang sama sekali membunyikan hon dan mengelakkan daripada menyuluh lampu tinggi sekiranya terserempak dengan gajah. Dalam pada itu, keadaan aliran trafik yang sibuk di laluan utama juga boleh menyebabkan spesis haiwan berkenaan jadi agresif.


Risau Terserempak Dengan Gajah? Pemandu Dinasihat Elak Bunyikan Hon Kereta

Risau Terserempak Dengan Gajah? Pemandu Dinasihat Elak Bunyikan Hon Kereta
Gambar sekadar hiasan

Awasi jarak selamat & tak perlu keluar daripada kenderaan

Di samping itu, pemandu diingatkan agar menjaga jarak atau memberhentikan kenderaan sekiranya terserempak dengan gajah. Hal ini kerana, ia dapat mengelakkan kejadian berkenaan daripada berulang semula pada masa akan datang. Selain itu, tindakan berkenaan adalah lebih selamat berbanding keluar dari kenderaan untuk mendekati gajah tersebut.


Risau Terserempak Dengan Gajah? Pemandu Dinasihat Elak Bunyikan Hon Kereta

Risau Terserempak Dengan Gajah? Pemandu Dinasihat Elak Bunyikan Hon Kereta
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter Jabatan Perhilitan

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!