Kesihatan Kehidupan

Risiko Bahan Kimia Masuk Dalam Masakan, Awas Jika Anda Suka Guna Senduk Hitam

Risiko Bahan Kimia Masuk Dalam Masakan, Awas Jika Anda Suka Guna Senduk Hitam

Perkakas masakan merupakan benda yang paling wajib dan basic dalam setiap rumah. Namun dek kerana ada pihak yang ingin berjimat atau mengikuti trend, kualiti pemilihan alatan memasak sering kali diambil remeh tanpa menyedari ia mampu merisikokan kesihatan pengguna.

BACA: Beriya Berpantang Sebab Takut Suami Lari? Doktor Tegur Bahana Lain Yang Menanti

Warna hitam itu biasanya diperbuat daripada plastik

Menerusi group Facebook Makmal Makanan (MaMa), seorang pakar kimia bernama Fatimah Salim menerangkan tentang penggunaan sudip atau senduk yang berwarna hitam. Perkakas masakan berona gelap itu kebanyakannya diperbuat daripada plastik polyamide (PA) yang telah dikitar semula.

Risiko Bahan Kimia Masuk Dalam Masakan, Awas Jika Anda Suka Guna Senduk Hitam


Risiko Bahan Kimia Masuk Dalam Masakan, Awas Jika Anda Suka Guna Senduk Hitam
Gambar Sekadar Hiasan

 

Ada potensi untuk bocor dan masuk dalam masakan

Kajian juga telah menunjukkan penggunaan alatan seperti ini berpotensi untuk menyebabkan kebocoran bahan kimia dalam masakan. Lebih menakutkan lagi adalah apabila juadah tersebut mempunyai kadar minyak atau garam yang tinggi kerana ia boleh menggalakkan lagi kebocoran bahan berkenaan. Oleh itu, penggunaan alatan seperti ini haruslah dielakkan terutamanya ketika memasak menggunakan suhu yang tinggi.

Risiko Bahan Kimia Masuk Dalam Masakan, Awas Jika Anda Suka Guna Senduk Hitam


Risiko Bahan Kimia Masuk Dalam Masakan, Awas Jika Anda Suka Guna Senduk Hitam
Gambar Sekadar Hiasan

Silikon boleh digunakan tapi tak tahan suhu yang tinggi

Pakar kimia ini juga memberi saranan untuk menggunakan perkakas masakan yang diperbuat daripada bahan-bahan lebih selamat seperti kayu, besi dan keluli tahan karat. Senduk silikon juga boleh digunakan tetapi tetap tidak tahan lama dalam suhu yang tinggi ketika memasak.

Risiko Bahan Kimia Masuk Dalam Masakan, Awas Jika Anda Suka Guna Senduk Hitam


Risiko Bahan Kimia Masuk Dalam Masakan, Awas Jika Anda Suka Guna Senduk Hitam

Sumber: FB Fatimah Salim

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Risiko Bahan Kimia Masuk Dalam Masakan, Awas Jika Anda Suka Guna Senduk Hitam

Facebook

Telegram