Viral

RM250 Je Nafkah Sebulan Cukup Ke? Kasihan Isteri Berjodoh Dengan Suami Kedekut

RM250 Je Nafkah Sebulan Cukup Ke? Kasihan Isteri Berjodoh Dengan Suami Kedekut

Sharing is caring!

Sudah menjadi kewajipan sebagai seorang suami untuk memenuhi tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak khususnya dalam pemberian nafkah. Namun begitu, sering kali isu ini menjadi pertikaian sebab suami zaman sekarang gemar memberikan jumlah nafkah yang dirasakan banyak padahal ia langsung tidak mencukupi. Bagi para wanita, perkara ini pastinya menjadi satu isu yang sensitif dan mereka akan terus ‘bersuara’ bagi menegakkan hak para isteri.

BACA : Lebihkan Mak Sampai Teraniaya Isteri Ramai Suami Masih Tak Ikut Urutan Nafkah


Nafkah isteri tak termasuk keperluan harian & anak

Luahan pendapat daripada seorang personaliti media sosial popular, Bella Khan menerusi laman Twitternya mengenai hal nafkah kepada isteri telah mendapat perhatian ramai. Menerusi posting tersebut, dia mempersoalkan jumlah pemberian nafkah sebanyak RM250 kepada si isteri. Akuinya, jumlah pemberian nafkah tersebut dianggap tidak masuk akal. Ini kerana, nafkah isteri merupakan wang khusus diberikan untuk digunakan bagi kepentingan peribadi isteri yang tidak termasuk dengan perbelanjaan harian.

RM250 Je Nafkah Sebulan Cukup Ke? Kasihan Isteri Berjodoh Dengan Suami Kedekut

RM250 Je Nafkah Sebulan Cukup Ke? Kasihan Isteri Berjodoh Dengan Suami Kedekut
Gambar Sekadar Hiasan

Kau kedekut dengan isteri memang rezekinya macam tu je

Dia bagaimanapun mengakui agak terkilan dengan sikap lepas tangan suami mengenai isu pemberian nafkah kepada isteri. Ujarnya, seseorang wanita itu dilepaskan oleh kedua-dua orang tuanya untuk dijadikan isteri dan dihargai  oleh lelaki bernama suami dan bukan dikerahkan tenaganya seperti orang gaji. Dalam pada itu, dia juga berharap agar golongan suami menjadi lebih bertanggungjawab dan sentiasa menghargai isteri.


RM250 Je Nafkah Sebulan Cukup Ke? Kasihan Isteri Berjodoh Dengan Suami Kedekut

RM250 Je Nafkah Sebulan Cukup Ke? Kasihan Isteri Berjodoh Dengan Suami Kedekut
Gambar Sekadar Hiasan

Yang tak bagi langsung pun ada

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen pula rata-rata netizen turut bersetuju bahawa jumlah berkenaan terlalu kecil dan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan peribadi seorang isteri. Malah ada antara mereka berpendapat, isu ini terjadi apabila kebanyakan suami menganggap wang bulanan yang diberikan kepada isteri itu dikira sebagai nafkah.

RM250 Je Nafkah Sebulan Cukup Ke? Kasihan Isteri Berjodoh Dengan Suami KedekutRM250 Je Nafkah Sebulan Cukup Ke? Kasihan Isteri Berjodoh Dengan Suami Kedekut RM250 Je Nafkah Sebulan Cukup Ke? Kasihan Isteri Berjodoh Dengan Suami Kedekut

RM250 Je Nafkah Sebulan Cukup Ke? Kasihan Isteri Berjodoh Dengan Suami Kedekut
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : Twitter bellakhann


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

RM250 Je Nafkah Sebulan Cukup Ke? Kasihan Isteri Berjodoh Dengan Suami Kedekut

Sharing is caring!