Sebuah cerita yang dikongsikan seorang gadis bernama Ninie di Twitter beberapa hari lalu tentang kebaikan seorang pemandu MyCar yang berbangsa Cina ternyata mengundang perhatian netizen. Dia yang merupakan seorang pelajar dari UiTM Shah Alam sememangnya sedang berjimat malah sering mengikat perut dengan hanya memakan mi segera dan biskut kering setiap hari.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Dugaan sekali lagi menimpa dirinya tatkala dia pergi ke sebuah pasaraya pada suatu hari dan wang saku berjumlah RM50 yang dibawanya telah tercicir, sedangkan wang itu cukup-cukup untuk membeli barangan serta membayar tambang pergi dan balik.

Benda dah jadi, jangan nangis. Uncle belanja
Nasibnya baik kerana dalam ditimpa ujian seperti itu, Ninie dipertemukan dengan seorang pemandu yang baik hati untuk menawarkan tambang bernilai RM12.90 itu secara percuma kepadanya. Bukan itu sahaja, Uncle MyCar tersebut yang begitu prihatin dengan dirinya telah membungkuskan makanan buatnya memandangkan dia belum lagi makan.
Puas cari RM50 tu, tapi tak jumpa
Masuk je kereta, uncle tu tegur ‘kenapa muka merah’
Jujurnya saya hanya makan biskut kering je hari tu
Kisah tersebut sememangnya memberikan inspirasi kepada ramai netizen supaya berbuat kebaikan pada semua orang tak kira bangsa dan agama. Malah cerita ini juga membuka mata ramai bahawa Malaysia sememangnya negara yang aman dan tidak semua individu itu bersikap rasist.

Alhamdulillah.. Uncle awak layak terima ganjaran ni
Atas keprihatinan dan kebaikan uncle Cina bernama Yew Ah Tat itu, dia akhirnya telah menerima ganjaran besar daripada pihak MyCar.
Sumber: mStar Online, Twitter niniekamarudinn
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
