R&R Banyak Ditutup, Isteri Dato Fazley Yaakob Terpaksa Lepas Hajat Dalam Semak!

Semalam merupakan waktu paling kritik4l di atas lebuh raya memandangkan rata-rata warga kota kembali dari kampung halaman selepas tamatnya musim perayaan yang berlangsung pada minggu lalu. Bilangan kenderaan yang terlalu padat telah menyebabkan kesesakan trafik yang agak panjang dan lama untuk diredah oleh para pengguna, termasuklah chef selebriti Dato’ Fazley Yaakob yang pulang bersama dengan isteri dan ahli keluarganya yang lain dari Pulau Pinak ke Kuala Lumpur.

BACA: “Tiada Adab” – Dato’ Fazley Bengang Individu Hantar DM Dengan Cara Yang Salah

Menerusi satu posting yang baru dimuatnaik sebentar tadi, chef selebriti dan penyanyi ini meluahkan rasa kurang senang terhadap fasiliti Rehat dan Rawat (R&R) yang didakwa tutup menyebabkan sebahagian pengguna jalan raya termasuk isterinya, Datin Azrene Ahmad terpaksa membuang ‘hajat’ di tepi highway.

Kitorang drive 13 jam dari Penang ke KL…biasanya 3 jam je & stress benda lain

R&R banyak tutup…semua terpaksa buang air tepi jalan termasuk ‘adik sayang’ saya

Antara paparan jalan jammed yang sempat dirakam oleh beliau

Omaigod Abang! Terima kasih carikan tempat berhenti untuk ‘membuang’

Emergency dimaafkan Dato’…

Kesiannya…next time kena bawa kandang jamban dalam kereta

Sumber: IG fazleyyaakob

Apa Komen Anda?