Viral Family

Rupanya Ibu Nangis Lepas Show, Dato’ Fazley Syukur Bonda Hetty Tak Cari Salah

Rupanya Ibu Nangis Lepas Show, Dato’ Fazley Syukur Bonda Hetty Tak Cari Salah

Berada di kedudukan terakhir dalam ‘GV8′ episod 1 langsung tidak mematahkan semangat Dato’ Fazley Yaakob untuk  membuat persembahan lebih baik pada minggu ini. Oleh kerana sebuah video mengenai Allahyarham ayahnya terpampang ketika dia sedang menyanyi, Dato’ Fazley mengakui dia tidak dapat menahan sedih waktu itu.


BACA: Tercairkan Pinggan Mak Dalam Oven, Dato’ Fazley Nak Belanja Baru Tapi Dikecam?

Saya perasan, tu saya pun sebak…Nampak dia menangis saya pun terkesan, tapi saya deliver juga

Diberi tanggungjawab menyampaikan lagu berjudul ‘Lagu Untukmu’ untuk minggu ke-2, Dato’ Fazley bersyukur penyampaiannya tidak terganggu sebaik sahaja dia menarik kain hitam pada potret wajah bapanya. Melihat si ibu mengalirkan air mata ketika menyaksikan nyanyiannya bagaimanapun telah menambah rasa sebak beliau.

Saya puas dapat luahkan…Saya nangis dalam nyanyian tapi saya syukur Ibu Hetty tak cari salah saya (minit 4:30)

Sewaktu sesi pemberian komen oleh barisan juri, Ibu Hetty menyatakan bahawa lagu yang dibawakan ini sebenarnya satu tiket untuk chef berkenaan menjiwai persembahan tersebut. Mendengar segala pandangan oleh juri dari Indonesia ini, Dato’ Fazley bersyukur wanita itu tidak mencari salahnya sebaliknya menegur secara konstruktif.


Balong mengadu kat Raf waktu dapat tahu akan masuk GV8… Tapi saya cakap do your best and enjoy the show

Menyedari persembahan Dato’ Fazley amat menyayat hati, Raf Yaakob sebelum ini telah memuat naik satu posting di Instagram memberikan kata-kata semangat. Rupa-rupanya sebelum menyertai ‘GV8’ lagi, beliau sudah banyak kali mengadu kepada si adik mengenai kerisauannya kerana sedar vokal dimiliki tidak setanding peserta lain.


Rupanya Ibu Nangis Lepas Show, Dato’ Fazley Syukur Bonda Hetty Tak Cari Salah

Kredit: Instagram fazleyyaakob, YouTube F8Buzz, Instagram rafyaakob & Instagram Astro Gempak

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Rupanya Ibu Nangis Lepas Show, Dato’ Fazley Syukur Bonda Hetty Tak Cari Salah

Facebook

Telegram