Tamat sudah keseluruhan 28 episod bagi drama ‘Risik Pada Hati’ sebentar tadi. Melalui karya arahan Pali Yahya ini, ia merupakan gambaran mesej betapa besarnya amanah yang perlu digalas seorang lelaki sekiranya berkeputusan untuk memiliki 2 isteri. Tanpa sikap adil dalam berbagi kasih sayang, rumah tangga pertama bakal ranap begitu sahaja seperti kehidupan Adam dan juga Hayfa.
BACA : Kru Belakang Tabir Dedah Rakaman Babak Adam Talak Hayfa, Part Akhir Paling Best
Berani kau tunjuk muka kat sini lagi?…Nak buat apa jumpa Hayfa?…Nak gelakkan dia?
Selepas insiden talak, Aisya bergegas berjumpa dengan Hayfa berharap mahu membetulkan semula keadaan. Namun apabila pintu rumah dibuka, wanita berkenaan lantas ditampar oleh Su dan digelar perampas suami orang. Adam kemudiannya ada datang memujuk, malangnya hati isteri pertamanya itu sudah tertutup rapat. Malah dia bersedia 100% bagi mengundurkan diri agar pasangan tersebut menemui bahagia sendiri.
@meowmeow_ara Risik pada hati episode 28(akhir) #risikpadahati #alifsatar #umminureen1 #zarazyaofficial #fyp #fypシ #risikpadahatiepisode28 @bisikpadahati
Akak serahkan Abang Adam untuk Aisya jaga ya…Melepaskan tak semestinya menyerah
Kemuncak paling sedih adalah apabila Adam mengetahui rupanya Hayfa sedang kandungkan zuriat mereka (diberi nama Hawa). Akan tetapi, wanita itu teguh dengan keputusannya untuk membina kehidupan sendiri tanpa rujuk bersama Adam. Meskipun tidak bersama seperti dahulu, keluarga besar itu meraih nilai bahagia yang selama ini dicari-cari.
@maza_xg Tamat #RisikPadaHatiEpisode28 #fyp #maza_xg #foryoupage
♬ Dj Close Your Eye X Bangun Tidur Selfi X Go Sampe Bawah – Dj Kunam
Tengok ending macam ni, teringat kisah Norman Hakim & Abby Abadi…Dah pisah tapi rapat demi anak
Episod terakhir itu nampaknya berjaya ditamatkan dengan plot yang tidak klise persis drama Melayu lain. Walaupun agak pahit untuk diterima, ramai memahami dilema yang dialami oleh wanita bernama Hayfa.
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
