Tanpa mereka-reka content kontroversi, Ryan Bakery berjaya membuktikan populariti tetap boleh diraih oleh seseorang content creator. Dengan watak Budak Bedak serta kandungan cerita berkisar zaman 90-an, dia berjaya mencuri perhatian rakyat Malaysia. Bahkan lelaki berusia 27 tahun ini pernah diberikan hadiah ‘kayangan’ oleh seseorang yang bergelar Sultan Pemurah di TikTok.
BACA :Â Sebalik Tabir MeleTOP, Rupanya Tunang Bantu Ryan Bakery Siapkan Budak Bedak
Meriah betul semua sambut Ryan Bakery datang Sinar FM pagi ni
Selepas menghadiri acara ‘MeleTOP’ minggu lalu, rezeki Ryan terus mencurah-curah dan namanya cukup dikenali termasuklah di kalangan artis terkenal. Pagi ini, dia juga dijemput hadir ke konti radio Sinar lantas disambut meriah oleh beberapa penyampai radio seperti Nabil Ahmad, Rahim Sepahtu, Angah dan juga Radin. Mereka juga sempat berborak mengenai asal usul nama bapa Ryan iaitu ‘Bakery’ yang awalnya disangka mempunyai kaitan dengan business kedai roti dan kek.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Terima kasih guys…Kepada sesiapa yang tertunggu, saya akan sambung balik content
Sementara itu di TikTok, sebuah keratan video ketika Ryan memasuki video live TikTok adiknya, Kila Bakery telah tular. Pastinya ada netizen yang tertanya-tanya mengapa tiada content sejak dia tular minggu lalu, kan? Sebenarnya kini dia sedang sibuk dengan beberapa urusan kerja, namun kata-kata gadis itu tentang kemunculan di rancangan ‘Sepahtu Reunion’ telah mengujakan penonton di ruangan komen.
Okey, okey, bye Assalammualaikum…Aduh barang kantoi, tak, tak sebenarnya tipu
Tidak pasti adakah gadis itu cuma terlepas cakap ataupun berlaku salah faham, bagaimanapun wajah Ryan terus berubah seakan-akan sudah ‘kantoi’. Pun begitu, mereka menafikan hal tersebut dan mula beralih kepada topik berkaitan jemputan ke radio Sinar pagi ini.
@hery_abdghfr @ryanbakery tak buat video sebab busy..temuramah ryanbakery dengan Sinar FM bersama sepahtu jam 7 pagi esok. #Ryanbakery #Kilabakery
Kredit : TikTok HERY ABDGHFR & IG Sinar
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura