“Sabar Boleh Tak?”- Ramai Terkilan Berita Gadis 19 Tahun Diliwat Tunang Sendiri

Walaupun cuma selangkah lagi sebelum menuju ke alam perkahwinan dan mendirikan rumah tangga, tetapi hubungan tali pertunangan bukanlah satu cara atau ‘lesen’ untuk menghalalkan pergaulan bebas antara seorang lelaki dan perempuan. Hakikatnya konsep pertunangan ini dianjurkan oleh agama agar setiap orang boleh berkenalan lebih rapat dengan pilihan hati masing-masing serta menjaga kesucian perhubungan tersebut agar diredhai Allah S.W.T. Namun dukacitanya apa yang berlaku pada hari ini memaparkan situasi yang sebaliknya.

BACA: “Anak Baru Habis UPSR..” – Netizen Terkilan Insiden Bapa Hamilkan Anak Sendiri

Gadis diliwat di bilik sewa tunang sendiri..

Terbaru, seorang remaja perempuan dikatakan telah diliwat oleh tunangnya sendiri pada tarikh 13 September lalu. Menurut laporan Harian Metro, difahamkan suspek telah mengajak gadis berusia 19 tahun itu bersiar-siar ketika waktu malam. Pun begitu, remaja terbabit telah dibawa ke bilik sewanya selepas suspek memberikan alasan bahawa telefon pintarnya tertinggal telefon di sana.

Gambar sekadar hiasan

Kena tampar & tendang di perut sampai jadi trauma..

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, gadis yang berasal dari daerah itu turut ditampar dan ditendang di perut beberapa kali sebelum tindakan suspek melakukan perbuatan di luar tabii itu ke atasnya tanpa belas kasihan. Susulan daripada peristiwa hitam itu, dia turut akui mengalami trauma serta berasa takut selepas diugut oleh tunangnya itu

Gambar sekadar hiasan

Dah nak jadi suami pun buat perangai…sabar boleh tak?

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meluahkan kekecewaan terhadap pihak yang sanggup melakukan kerja kotor sebegini terhadap bakal isterinya sendiri. Selain itu, mereka juga memberikan pujian terhadap gadis berkenaan kerana akhirnya berani untuk membuat laporan mengenai insiden terbabit kepada pihak berkuasa.

Gambar sekadar hiasan

Sumber: FB Harian Metro

Apa Komen Anda?