Inspirasi Viral

Sahabat Selamat Nikah, Gadis Sebak Berpisah Lepas 12 Tahun Susah Senang Bersama

Sahabat Selamat Nikah, Gadis Sebak Berpisah Lepas 12 Tahun Susah Senang Bersama

Tidak dinafikan, sahabat merupakan ‘harta’ yang cukup bernilai bagi setiap orang. Malah, kehadiran mereka yang tidak jemu untuk bersama sewaktu susah dan senang juga tidak sepatutnya dipersiakan. Jika ditakdirkan terpaksa berpisah jauh, pasti masing-masing tidak akan mampu menahan air mata.

BACA: Jaga Macam Anak Sendiri, Lelaki Meraung Terpaksa Berpisah Dengan Lembu Belaan

Sebenarnyaa tak rela…tapi terpaksa lepaskan demi kebahagian dia

Sama juga seperti kisah yang dikongsikan oleh wanita ini apabila terpaksa berjauhan dengan seorang insan istimewa dalam hidupnya. Menerusi perkongsian sicxntik_ di laman TikTok, kelihatan dirinya sedang mendakap erat tubuh sahabat sambil berguguran air mata. Difahamkan, moment itu terjadi selepas rakannya itu terpaksa dilepaskan ke pangkuan suami selepas selesai melangsungkan perkahwinan.

Sahabat Selamat Nikah, Gadis Sebak Berpisah Lepas 12 Tahun Susah Senang Bersama

Terima kasih untuk 12 tahun yang bermakna…semoga jadi isteri solehah sahabat

Jelas gadis tersebut, apa yang membuatkan mereka seakan-akan tidak boleh berenggang adalah kerana sudah mengenalinya selama 12 tahun. Dalam tempoh itu jugalah dia mula terkenangkan segala kesusahan serta keperitan yang terpaksa dilalui bersama-sama. Namun apakan daya, dia perlu menerima hakikat bahawa wanita berkenaan telah dimiliki selain berharap agar dirinya tidak melupakan kenangan bersama.

@sicxntik_

Sebenarnyaa tk rela . Tapi terpaksa lepaskan demi kebahagian dia . Terima kaseh utk 12 tahun yang bermakna 😌🥺 jaga diri . Jaga iman . Jaga suami . Taat perintah suami . Semoga jadi isteri solehah sahabat 💙

♬ Cinta Tak Harus Memiliki – Akfran Official

Rasa kehilangan dia lain macam…masa sahabat saya kahwin pun saya nangis, tak tau la kenapa sedih sangat

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sebak melihat detik terakhir sebelum mereka berdua perlu berpisah. Malah, ada juga yang menitipkan pujian selepas melihat keikhlasan dalam hubungan persahabatan itu.

Sahabat Selamat Nikah, Gadis Sebak Berpisah Lepas 12 Tahun Susah Senang Bersama

Sahabat Selamat Nikah, Gadis Sebak Berpisah Lepas 12 Tahun Susah Senang Bersama

Sahabat Selamat Nikah, Gadis Sebak Berpisah Lepas 12 Tahun Susah Senang Bersama

Sahabat Selamat Nikah, Gadis Sebak Berpisah Lepas 12 Tahun Susah Senang Bersama

Kredit: TikTok sicxntik_

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sahabat Selamat Nikah, Gadis Sebak Berpisah Lepas 12 Tahun Susah Senang Bersama

Facebook

Telegram