“Saja Stalk You, Putih Gebu Gitu” – Wanita Dedah Meluat Sikap Gatal Suami Orang

Apabila seseorang itu telah bergelar suami atau isteri, maka dia seharusnya menjaga baik kelakuan agar rumah tangga tidak mudah goyah. Hal ini termasuklah dalam aspek bersosial dengan rakan atau kenalan di media sosial yang dilihat senang untuk berhubung dengan sesiapa pun. Namun begitu, menerusi pendedahan oleh seorang wanita dikenali sebagai Ekin ini, dia berasa rimas apabila sering mendapat mesej daripada seorang lelaki yang berstatus suami orang.

BACA: Bini Baru Beranak, Suami Lepak Dengan Kawan Sampai Subuh. Bila Balik Rumah..

Terang2 gambar dengan bini…boleh ajak tengok wayang lah, Genting lah

Menerusi paparan perbualan antara mereka di laman Instagram, lelaki tersebut sering mengajaknya untuk keluar walaupun mereka tidak pernah kenal antara satu sama lain. Selain ajak menonton wayang, dia juga pernah mengajak Ekeen untuk bercuti di beberapa lokasi peranginan yang menarik.

Laki ni jenis sangap kot…saja mention pasal wife, dia cakap tak marah

Lelaki itu bukan sahaja tidak menafikan yang dia sudah mempunyai seorang isteri, tapi malah turut berani jamin yang dia tidak akan marah jika membawa perempuan lain keluar hanya kerana mereka sedang duduk berjauhan.

Namun apabila diusik yang Ekeen mahu membawa bersama teman lelakinya ataupun ‘soalan perangkap’ yang lain, barulah lelaki itu menafikan hajatnya untuk mengajaknya keluar. Hal ini seolah-olah jelas yang dia mahu mereka keluar berdua-duaan sahaja.

Suka balas IG story perempuan lain…”Putih putih gebu gitu”

Tidak cukup dengan itu, lelaki yang sama itu juga kerap membuat spam di setiap posting IG Story yang dibuat oleh wanita ini untuk menarik perhatiannya. Malah, dia juga tidak malu untuk menyatakan sebab dia melakukan hal sedemikian.

Jadi lelaki jangan menggatal ajak perempuan keluar…puji wife sendiri

Meskipun ramai mempersoalkan sebab dia ‘melayan’ kiriman mesej daripada suami orang tersebut, namun Ekeen menjelaskan yang dia sebenarnya hanya mahu melihat reaksi dan respon daripada lelaki itu. Dia turut memaklumkan yang dia sudah pun menyekat akaun Instagram milik lelaki ‘miang’ itu jadi itu adalah mesej terakhir di antara mereka. 

Sumber: Twitter EkeenAmran

Apa Komen Anda?