Viral

Sakan Berjoget Sebelum Terjun Masuk Sungai, 2 Gadis Merana Pijak Jambatan Reput

Sakan Berjoget Sebelum Terjun Masuk Sungai, 2 Gadis Merana Pijak Jambatan Reput

Sharing is caring!

Mandi sungai ataupun ‘berkubang’ merupakan aktiviti biasa khususnya buat anak muda yang tinggal di kampung. Malah, kawasan itu juga boleh dijadikan sebagai port untuk mereka melepak bersama rakan-rakan pada hujung minggu. Walau bagaimanapun, kadangkala kawasan seperti ini mempunyai jeti atau jambatan yang sudah uzur. Oleh itu, langkah berjaga-jaga haruslah dititikberatkan supaya dapat mengelakkan kejadian yang tak diingini.

BACA: Konon Nak Rakam Reaksi Surprise Senyap-Senyap, Sekali Anak Jiran Kantoikan Pula

Syok berjoget, sekali kaki tersangkut dan kawan pula jatuh dalam sungai dengan papan

Menerusi aplikasi TikTok, Pida berkongsi video menyaksikan dua orang rakannya menerima bahana ketika terlalu excited mandi sungai. Pada mulanya, dua remaja perempuan itu sedang bermain serta berjoget di atas jambatan kayu yang agak uzur dan kononnya mereka berdua ingin melompat bersama. Akan tetapi, remaja berbaju merah itu menjerit kerana kakinya tersangkut di lantai kayu itu. Rakannya pula menyusul terjatuh ke dalam air sekali dengan sekeping papan yang tercabut.


@pidamanoban

untung gpp papanny🤣#fyp #berandatiktok #fypg #fypシ #foryou #viral #ngakakkocak #ngakaksehat #ngakakparah #xy #xyzbca #fy #viral

♬ Buttercup – MixAndMash – Initial D

Ini namanya sudah jatuh, ditimpa papan…Setia kawan sangat ni sampai jatuh bersama

Secara keseluruhannya, rakaman berdurasi 25 saat itu mendapat lebih 38 ribu tontonan di aplikasi TikTok sejak dikongsikan semalam. Rata-rata netizen mengakui tidak dapat menahan ketawa walaupun sebenarnya berasa kasihan melihat dua remaja berkenaan yang terjatuh ke dalam sungai dalam keadaan begitu.

Sakan Berjoget Sebelum Terjun Masuk Sungai, 2 Gadis Merana Pijak Jambatan Reput

Sakan Berjoget Sebelum Terjun Masuk Sungai, 2 Gadis Merana Pijak Jambatan Reput


Sakan Berjoget Sebelum Terjun Masuk Sungai, 2 Gadis Merana Pijak Jambatan Reput

Sakan Berjoget Sebelum Terjun Masuk Sungai, 2 Gadis Merana Pijak Jambatan Reput

Sumber: TikTok pidamanoban


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini