Family

Salah Sikit Anak Dah Melenting, Lelaki Tua Rela Habiskan Sisa Hidup Sendirian..

Salah Sikit Anak Dah Melenting, Lelaki Tua Rela Habiskan Sisa Hidup Sendirian..

Bunyinya agak menjengkelkan, tapi kisah ibu atau bapa yang ‘dibuang’ anak bukan lagi senario baru dalam masyarakat kita sejak akhir-akhir ini. Meskipun dahulunya ditimang dengan penuh kasih sayang, namun segala pengorbanan seolah-olah tidak bermakna apabila anak bertindak menghilangkan diri daripada menjaga kebajikan mereka yang semakin uzur. Walaupun ada ibu bapa ditinggalkan di rumah kampung masing-masing, namun keperluan tempat tinggal bukan satu-satunya yang perlu diambil kira kerana ia sebenarnya lebih daripada itu.

BACA: Nasib Yatim Piatu – Abang Kakak Balik Rumah Mertua, Adik Bongsu Beraya Sorang

Pakcik kenapa lambat? “Atuk jalan sendiri”

Menerusi akaun Twitter miliknya baru-baru ini, Dr Nimelesh telah berkongsi kisah tentang keadaan seorang lelaki tua di lewat usia 60-an yang dilanda ujian terbabit. Semuanya bermula apabila warga emas tersebut lewat hadir ke satu sesi pemeriksaan kesihatan di tempat dia bertugas. Rupa-rupanya, dia tinggal sebatang kara sahaja di kediamannya.

Salah Sikit Anak Dah Melenting, Lelaki Tua Rela Habiskan Sisa Hidup Sendirian..


Kalau salah sikit anak akan marah…Atuk tak sanggup

Ketika ditanyakan lanjut mengenai anak-anak pula, lelaki tua ini bukannya tidak mahu tinggal bersama mereka. Namun dia khuatir bahawa kehadirannya cuma menyusahkan mereka apalagi dirinya pernah dimarah meskipun hanya melakukan kesilapan kecil. Oleh sebab itulah dia rela pilih untuk hidup berseorangan daripada menjadi beban anak-anak yang sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Salah Sikit Anak Dah Melenting, Lelaki Tua Rela Habiskan Sisa Hidup Sendirian..

Salah Sikit Anak Dah Melenting, Lelaki Tua Rela Habiskan Sisa Hidup Sendirian..
Gambar sekadar hiasan

Kita sangka ibu bapa rela tinggal di kampung sebab selesa…tapi sebenarnya tidak

Terpanggil dengan kisah pak cik tua berkenaan, Dr Nimelesh turut mendedahkan bahawa ini cumalah satu daripada banyak lagi dilema yang dialami oleh warga emas meskipun zuriat mereka ditawarkan pelbagai jawatan hebat. Oleh sebab itu juga, dia menyeru masyarakat di luar sana agar sentiasa mengambil berat tentang kebajikan orang tua sebelum menyesal di kemudian hari.


Salah Sikit Anak Dah Melenting, Lelaki Tua Rela Habiskan Sisa Hidup Sendirian..

Salah Sikit Anak Dah Melenting, Lelaki Tua Rela Habiskan Sisa Hidup Sendirian..

Salah Sikit Anak Dah Melenting, Lelaki Tua Rela Habiskan Sisa Hidup Sendirian..
Gambar sekadar hiasan

Besar mana pun pangkat…tiada berkat kalau tak muliakan mak ayah

Dalam pada itu, kisah ini turut meruntun hati ramai pihak sehingga meraih lebih 6 ribu retweets sejak dimuat naik petang semalam. Selain terbayang wajah ibu bapa masing-masing seandainya mereka berada dalam situasi terbabit, netizen turut mengutarakan pendapat tersendiri mengenai kepentingan memuliakan insan-insan yang penting dalam hidup.

Salah Sikit Anak Dah Melenting, Lelaki Tua Rela Habiskan Sisa Hidup Sendirian..


Salah Sikit Anak Dah Melenting, Lelaki Tua Rela Habiskan Sisa Hidup Sendirian..

Salah Sikit Anak Dah Melenting, Lelaki Tua Rela Habiskan Sisa Hidup Sendirian..

Salah Sikit Anak Dah Melenting, Lelaki Tua Rela Habiskan Sisa Hidup Sendirian..
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter HausofHilton

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Salah Sikit Anak Dah Melenting, Lelaki Tua Rela Habiskan Sisa Hidup Sendirian..

Facebook

Telegram