“Salah Sikit Tampar”- Family Toksik Antara Punca Gadis Cuba Cabut Nyawa Sendiri

Keluarga merupakan orang yang paling dekat dan juga menjadi tempat untuk bergantung harap. Merekalah yang sedari awal berada disisi dalam menempuhi liku-liku sebuah kehidupan. Kewujudan institusi keluargaan berperanan membantu seseorang individu mengenal pasti identiti diri. Walau bagaimanapun, tidak bagi seorang gadis ini apabila ahli keluarganya yang bertindak menjadi racun dalam kehidupan dirinya. 

BACA: Suami Asyik Menangkan Keluarga, Wanita Ini 2 Tahun Hidup Gantung Tak Bertali

Dipulau keluarga sendiri saat getir

Advertisement

Penceritaan dari gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Ayu itu telah dikongsi bersama pihak Erin Sakura. Jelasnya, dia telah disahkan menghidap masalah depresi sejak di bangku sekolah lagi disebabkan beberapa faktor seperti putus cinta, keadaan sekeliling dan juga stress yang melampau. Wanita itu juga pernah dimasukkan ke pusat rawatan dek kerana menangis yang berpanjangan akibat putus cinta. Namun, insan itu hampa apabila mendapat tohmahan dari keluarga sendiri dan bukannya sokongan seperti yang diharapkan. 

Bila saya sampai ke rumah lepas discharge, abang saya pulaukan saya. Dia gelakkan saya sebab putus cinta. Kanti sebab abang saya check handphone. Semua orang gelakkan saya. 

Gambar Sekadar Hiasan

 

Advertisement

Lebih banyak menyendiri setelah pergaulan disekat

Gadis tersebut sering dikongkong dengan tidak dibenarkan keluar dari rumah untuk bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Sehingga dirinya dipulaukan oleh kawan serta orang sekitar dan dianggap sebagai anak manja. 

Dah la hidup dikongkong. Kalau buat salah sikit terus disepak dan ditampar.

Advertisement
Gambar Sekadar Hiasan

Satu peristiwa yang merubah segalanya

Malah yang lebih mengejutkan adalah apabila dirinya juga sempat mencuba untuk mencabut nyawa sendiri dengan menelan ubat sehingga overdose sebelum dikejarkan ke unit rawatan. Tindakan tersebut diambil selepas gadis tersebut terlampau serabut dengan masalah yang dihadapi disamping tidak mendapat kata-kata semangat dari orang sekeliling. Meskipun tertekan, perempuan itu akhirnya insaf setelah memerhatikan penderitaan insan lain di pusat rawatan tersebut. 

Sampailah satu malam saya jadi stress sangat. Rasa pening kepala bila fikir semua ni dan macam-macam bermain dekat otak ni. Rasa serabut sangat sampai akhirnya terlintas dekat fikiran baik aku ‘pergi’ saja, lepas itu semua akan bahagia tanpa aku

Advertisement

 

 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?