“Salute Rakyat Malaysia” – Pengunjung Mall Dipuji Hormat Lagu Kebangsaan

Pada tarikh 31 Ogos yang lalu, Malaysia telah menyambut kemerdekaan buat kali ke-62. Walaupun bulan kemerdekaan sudah berlalu, namun semangat cintakan negara akan tersemat sampai bila-bila dalam kalangan rakyatnya lebih-lebih lagi apabila mendengar dendangan lagu ‘Negaraku’. Malah individu yang tidak hormat pada lagu tersebut boleh dikenakan hukuman atau denda jika sabit kesalahan. 

BACA:Perginya Sahabat..- Genap Setahun, Kehilangan Wira Negara Masih Terasa 

Sebuah video telah mendapat perhatian ramai di laman Twitter yang telah memaparkan suasana sebuah pusat membeli belah sewaktu lagu Negaraku dimainkan. Kelihatan pengunjung-pengunjung di situ mula berhenti dan berdiri tegak saat lagu berkenaan berkumandang tidak kira usia mahupun bangsa.

Goosebumps!

Difahamkan lagu berkenaan dimainkan sempena pelancaran Bulan Sukan Negara di lokasi tersebut. Walaupun turut kelihatan beberapa orang yang masih terus berjalan, namun yang lain tetap setia menunggu lagu untuk habis sebelum meneruskan aktiviti masing-masing. 

Terima kasih untuk ini

Rata-rata pengguna Twitter memuji tindakan semua pengunjung mall berkenaan kerana memaparkan contoh yang sangat baik. Ada juga yang berkongsi pengalaman mereka menyaksikan situasi yang sama di tempat lain serta ada juga yang mengakui akan melakukan hal yang sama jika berdepan dengan perkara berkenaan. Sudah menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk hormat akan lagu kebangsaan negara serta bendera Jalur Gemilang. 

Sumber: Twitter Didkenobi

Apa Komen Anda?