Sambut Anniversary Ke-8, Mizz Nina Luah Syukur Noh Salleh Masih Setia Di Sisi

Aktivis kemanusiaan Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman telah mendirikan rumah tangga bersama vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh pada tanggal 1 Julai 2011. Meskipun sudah lama berkahwin, namun rezeki untuk memiliki anak sendiri masih belum berpihak kepada mereka. Terbaru, Nina telah memuat naik foto bersama Noh di laman Instagram miliknya sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-8 tahun.

BACA : “Ini Cara Saya Serah Diri Pada Allah..” – 6 Tahun Berhijab, Mizz Nina Luah Rasa

View this post on Instagram

I was saving this pic of us, which was taken during our recent humanitarian mission in Syria, especially for today 💕 Happy anniversary to my sayang @mohammadnohbinsalleh my partner in this life and in jannah inshaAllah. Thank u for always supporting me, for being my best friend, my husband and my imam, I am soooo grateful and blessed to have u in my life, alhamdulilah. Thank u for letting me, just be me, the good, and the ugly ( hoping no bad 😆) and May Allah continue to guide us, protect us, grant us His Mercy, increase us in Iman, Taqwa, tawfiq, Hidayah, humility and Gratitude. May He also continue to choose us to serve Him, serve the Deen and humanity always. Love u always lilaahitaala 💕❤️❤️ #8yearsTillJannah #Already39ButFeelLike25 #Alhamdulilah

A post shared by Shazrina Azman (@officialmizznina) on

Happy anniversary to my sayang. My partner in this life and Jannah

Menurut kapsyen, dia telah menyimpan foto tersebut yang diambil ketika mereka menyertai misi kemanusiaan ke Syria. Nina turut melahirkan ucapan ulangtahun perkahwinan mereka buat suami yang tercintanya itu. Malah 1 Julai ini juga merupakan tarikh lahir Nina!

Penyanyi berusia 39 tahun ini meluahkan rasa syukur dan menzahirkan ucapan terima kasih kerana Noh sentiasa ada untuk beri sokongan serta diberkati memiliki suaminya itu. Apa yang lebih sweet, Noh masih menerima dia seadanya sepanjang mereka berkahwin.

Semoga sentiasa dalam rahmat-Nya & bahagia hingga syurga

Nina tidak ketinggalan untuk menitipkan doa kepada Allah SWT agar terus membimbing, melindungi, dan memberi rahmat-Nya serta meningkatkan keimanan mereka berdua. Bekas pelantun lagu ‘What You Waiting For’ ini juga berharap supaya Tuhan terus memilih mereka untuk taat kepada-Nya. Menjengah ke ruang komen pula, para netizen sudah membanjiri laman IG miliknya dengan doa malah mereka turut memuji sikap positif yang selalu dipamerkan oleh suami isteri ini.

Amin..semoga Allah SWT angkat & makbulkan semua doa awak..

Sumber : IG Mizz Nina

Apa Komen Anda?